Hati Terasa Lemah?

Diri: Wahai hati, kenapa engkau berasa lemah?
Hati: Aku berasa lemah kerana aku sering tak dapat apa yang aku inginkan
Diri: Duhai hati, aku ada penyelesaian buatmu.
Hati: Benar??!!
Diri: Ya. Ini adalah nasihatku kepadamu,

"Jika engkau mencintai sesuatu (justeru untuk memilikinya), hendaklah engkau mencintai sekadarnya dan tidak berlebihan, takut nanti engkau akan membencinya pula"

"Jika engkau membenci sesuatu, hendaklah engkau membencinya sekadarnya dan tidak berlebihan, takut nanti engkau akan mencintainya pula"

"Dan janganlah menganggap perkara yang engkau tidak suka buruk bagimu, dan perkara yang engkau suka baik untukmu. Sesungguhnya Allah lagi Maha Mengetahui"

Hati: Mana engkau tahu?
Diri: Ini adalah firman tuhanmu....

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri"

(Al Hadid: 22-23)


"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

(Al Baqarah; 216)

Hati: Subhanallah..Ak ada masaalah lg..aku sering tidak tenteram tika ditimpa musibah. Rasa mahu putus asa sahaja
Diri: Wahai Hati, sedarkah kamu bahawa umat yang terdahulu dari kamu lebih berat ujiannya. Adakah kamu ingin berputus asa dengan ujian yang sedikit ini?

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat"

(Al Baqarah: 214)

Hati: Syukran wahai Diri. Engkau banyak membantuku. Boleh aku minta nasihatmu lagi?
Diri: Silakan
Hati: Apa yang patut aku lakukan tika jiwa ini tidak tenteram
Diri: Ingatilah tuhanmu. Itu sahaja pesanan ku

"orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram"

(Ar Ra'd; 28)

Hati: Syukran sekali lagi wahai Diri. Benarlah Quran ada segala galanya termasuk permasaalahan hati
Diri: Benar.

"Kitab (Al Quraan) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa"

(Al Baqarah; 2)

0 comments:

Post a Comment