Apakah kita masih terlena?

Sedikit renungan buat sahabat sahabat yang saya kasihi. Sedarkah kita bahawa makin hari, kita makin dimamah usia. Dan makin kerap kali jugalah kita di jenguk oleh malaikat maut. Namun, manusia dewasa ini semacam tak ambil peduli akan semua itu. Kenikmatan dunia terus bermonopoli dihati.
Sekali lagi, sedarkah kita akan usia dunia yang makin singkat? Namun, masyarakat kini terus mengejar dunia seakan akan mereka tinggal di dunia ini untuk selama lamanya.Firman Allah:

Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling

An Anbiya';ayat 1

Apa agaknya result SPM (Sijil Padang Mahsyar) kita nanti?
tepuk dada tanyalah IMAN

Ingatlah, kecemerlangan kita bukanlah dengan mendapat segala yang kita inginkan didunia ini
seperti, keputusan yang baik, kemewahan, kerjaya yang hebat dan sebagainya

Namun kejayaan sebenar kita apabila kita dicop sebagai
Ahli JANNAH...InsyaAllah

3 comments:

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

terima kasih sanin...
just what i needed...
refuel iman jap kat blog ko..

sannin said...

iman yazid wa yanqus
mase iman ak naik, ak nasihat ko
bila iman ak jatuh, ko plak nasihat ak
:)
Waallahu'lam

nurul farehah binti Hussin said...

Berbahagialah hamba-hamba Allah yang sentiasa bercermin dari kematian.
Tak ubah seperti guru yang baik, kematian memberikan banyak pelajaran, membingkai makna hidup, bahkan mengawasi alur kehidupan agar tak lari menyimpang dr JalanNYA

“Perbanyaklah mengingat sesuatu yang melenyapkan semua kelazatan, iaitu KEMATIAN!”
(HR. Tirmidzi)

Post a Comment