Cinta is Love

Cinta sesuatu yang indah. Bukan sahaja di mulut untuk melafazkannya, namun menjadi bunga yang berkembang mekar di hati bagi mereka yang terperangkap di alam fana cinta.
Dengan cinta seseorang itu menjadi mulia, dan dengan cinta juga manusia menjadi hina.
Namun apakah erti cinta itu sendiri yang sering menjadi zikir mulut masyarakat kini?

Dewasa ini, cinta sering dikaitkan dengan istilah inggeris yang berbunyi "couple".
Benarkah cinta itu couple? dan couple itu cinta?

"untuk mendapatkan cintanya, kita hendaklah ber couple dulu"
pemikiran ini semamcam telah sebati dengan masyarakat masa kini.
sedar atau tidak, pemikiran sebegini dipelopori oleh barat.
lihat sahajalah filem filem mereka
pabila ada adegan cinta sahaja, mestilah berkenalan dahulu, keluar bersama sama, makan sama sama,sehinggalah berlaku perkara yang ditegah oleh syarak iaitu zina.
Semua itu dalam filem barat. Tapi adakah perkara semamcam ini berlaku dalam masyarakat melayu islam kita?
semua boleh menafsirkannya sendiri.
mungkin ada yang mempertikai malah melenting pabila disebut "zina"
bunyinya kasar, namun itulah hakikatnya
Apa masih belum terjawab persoalan kalian?
jadi, adakah kita tidak boleh bercinta?

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).

(Ali 'Imran; ayat 14)

Ingatlah cinta itu indah dan suci.
jadi janganlah mengotori kesuciannya.
Sedikit renungan buat sahabat sahabat dan diri sendiri khususnya

"Apakah layak diri ini mencintai insan yang lain jika cinta pada Allah dan rasulNya
belum kita raih?!!"


Katakanlah: "jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

(At Taubah; ayat 24)

Sedarlah wahai diriku dan sahabat sahabat yang dikasihi
Allah lah yang memberi kita makan tika kelaparan,
Allah lah tempat kita bermohon tika kesusahan,
Allah lah yang memberi segala nikmat yang kita kecapi pada hari ini,
Allah lah yang memberi peluang kita hidup untuk menikmati keindahan alam ciptaanNya,
dan yang paling penting,

Allah jua lah memberi kita nikmat iman dan islam pada kita
dua nikmat yang terbesar yang patut kita syukuri
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

Adakah pantas diri ini menagih cinta insan lain sebelum cinta Allah belum kita kecapi?
Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah..

Memang tidak dapat disangkal lagi kehidupan zaman remaja masa kini amatlah sukar dan mencabar.
Bisikan syaitan itu licik sehingga tidak perasan diri telah terjatuh pada perangkapnya.

Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui

(Al Baqarah; ayat 169)

Kepada sahabat sahabat dan diri sendiri khususnya
marilah kita bermujahadah dalam melawan bisikan syaitan
jagalah HATI..
jagalah HATI..
jagalah HATI..

antara cara caranya..TUNDUKKANLAH PANDANGAN

Suka saya menceritakan sebuah kisah:

Suatu hari seorang lelaki berjalan di kota Madinah. Tiba-tiba beliau terpandang kepada seorang wanita dan mereka saling pandang memandang. Lantas Syaitan mencampakkan ke dalam hati kedua mereka perasaan kagum di antara satu sama lain. Dalam keasyikan memandang, lelaki tersebut terlanggar tembok di hadapannya lalu berdarah hidungnya. Lantas dia bersumpah “Demi Allah, aku tidak akan membasuh darah ini sehinggalah aku bertemu Rasulullah dan mengadu hal ku”. Maka dia bertemu Rasulullah dan menceritakan peristiwa tersebut. Lantas Rasulullah bersabda: “Inilah balasan terhadap kesalahan kamu”. Lalu turunlah ayat 30 surah an-Nur

Maksudnya:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".

(An Nur; ayat 30)

6 comments:

YM : hafiz_rijalullah said...

salam...

perh...hebat blog die...

nie kena` kawin dah nie.....hahahahahha

Abdullah said...

salam

x sehebat blog suarabulan.blogspot

hehee

hanif hafiz said...

wei..bulat2 kt blog ko ni..annying kot..aku nk tlis kt shoutbox pun xleh..adoyai..

sila kawen sanin

Abdullah said...

abu: ak dh ubah dh
klu x leh lg ckp tw.. tq r sbb gtw
x pasan

asrar qalbi said...

~~syukran2..entri yg bagus...

Abdullah said...

afwan.. cabaran bg remaja

Post a Comment