Tak pandai masak,..REJECTED!!!

Kalau perempuan tidak boleh memasak,
dikutuk dan disuruh belajar. Kalau
lelaki tak boleh jadi imam kita kata
okay saja. Jangan diperbesarkan nanti
mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak
siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki
pada
seorang anak dara, juga rakan sejawat
kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu
yang dia tidak sempat belajar memasak
sebab dari kecil tidak digalakkan
keluarga sebaliknya di suruh menumpukan
perhatian pada pelajaran saja. Setelah
tinggal di asrama, peluang pulang ke
rumah terhad dan tidak sempat turun ke
dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?"
Tanya sang lelaki lagi dengan penuh
semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain
sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk
belajar agama, jadi belajar memasak
tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab
si
gadis yang membuatkan lelaki tadi
menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak
sempurna seorang wanita jika tidak tahu
memasak. Wanita sepatutnya buat begitu
juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh
menjadi imam. Walau ada yang kata, jika
itu syaratnya bermakna makin ramai
wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di
dapur sebagai perkara utama dan
ungkapan
hendak memikat suami, perlu pikat
seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu
berpelajaran atau berjawatan tinggi dan
penyumbang utama kewangan dalam
rumahtangganya. Sekarang bukan asing
lagi gaji isteri lebih tinggi daripada
suami. Namun kedudukan suami sebagai
raja tidak pernah dilupa walau dia
tidak
mengambil inisiatif mempelajari ilmu
menjadi imam. Ilmu bermain video game
di
komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh
belajar
dan sesudah belajar perlu handal. Jika
handal bukan setakat masak untuk
keluarga sendiri, kalau boleh perlu
boleh memasak untuk tiga pasukan bola.

Begitulah standard yang telah
ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan
undang-undang itu kepada lelaki juga.
Kalau tidak pandai jadi imam,
belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada
keluarga sendiri, sudah terror boleh
mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak,
mereka
tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman
wanita yang lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang
menjadikan sembahyang jemaah di rumah
bersama anak isteri sebagai agenda
utama, selain keperluan memenuhi
pelbagai seleranya? Maka bertanyalah
wanita kini kepada beberapa lelaki
tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak
confident menjadi imam sebab takut
bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah
tajwid atau pun dia merasakan isterinya
lebih handal. Ada yang kata lebih elok
dia dan isteri sembahyang
sendiri-sendiri. Ada juga menjawab,
rasa
kelakar pula apabila dirinya yang
rugged
menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan
sepertimana masyarakat memberatkan
wanita perlu pandai memasak jika mahu
bersuami. Lelaki juga harus boleh
menjadi imam supaya kewibawaan mereka
sebagai ketua keluarga tidak goyah atau
menjadi mangsa 'queen control'. Kalau
tidak pandai, belajarlah sekarang.

Jika wanita disuruh belajar, apa
salahnya lelaki.

Nak jadi macam ni??

ke macam ni?

macam ni kot yg bagus.

Copy and paste: http://ikutsukaatiaku.blogspot.com/2010/03/ko-tak-pandai-masak-rejected.html

Alangkah indahnya tika itu

Ibu: Abang..abang.., ayang ada berita gembira untuk abang :)
Bapa: Apa ayang...? Buat suspen je...hehe :P
Ibu: Abang nak tau...saya dh mengandung 2 bulan :P
Bapa: Alhamdulillah!! :D Yahoo!!!!!
Ibu: Alhamdulillah... berkat doa kita..Allah makbulkan jua...:)

"Alangkah indahnya tika itu, Wahai anak anak...ambillah pengajaran"

Ibu: Abang...Abang..., nanti, kita nak letak nama anak kite ape ek :P ?
Bapa: Hmmm...kalau laki letak lah nama Salahuddin..sedap tak ayang?
Ibu: Sweet nye name :) nape abang pilih nama tu?
Bapa: Sebab abang nak anak kita hebat macam Salahuddin Al Ayubbi. Peribadinya, akhlaknya,.
Ibu: Suka :) Kalau perempuan, ayang nak namakan..Masyitah..nice tak?
Bapa: Pandai awak pilih nama :) Tapi..nape Masyitah?
Ibu: Sebab saya nak anak kita mempunyai iman yang teguh seperti Masyitah.

"Alangkah indahnya tika itu, Wahai anak anak...ambillah pengajaran"

Ibu: Abang...Abang..., mane anak kita?
Bapa: Sabar ye ayang..anak kita selamat :) kita dapat anak lelaki..hehe :P
Ibu: Alhamdulillah :) Terima kasih ye abang sebab bersama ayang sepanjang bersalin tadi
Bapa: Sape tak sayang bini :P
Ibu: Abang.. ayang tak sabar nak tengok muke anak kita, mesti comel kan :P
Bapa: Mestilah...lepas ni, sama sama kita usahakan supaya dia menjadi anak yang soleh
Ibu: InsyaAllah :) tu lah harapan ayang selama ini

"Alangkah indahnya tika itu, Wahai anak anak...ambillah pengajaran"

Ibu: Abang..Abang..., hari ini hari first anak kita ke sekolah.
Bapa: Alhamdulillah, dah besar dah anak kita..dia tak cerita apa apa ke kat ayang?
Ibu: Ada..dia kata, dia dapat kawan baru..hehe..
Bapa: Hmmm..bagus la macam tu..tak la sunyi dia nanti
Ibu: Betul, betul,.. nanti lepas dia abis sekolah nanti, ayang nak dia jadi doktor. Boleh la rawat kita masa tua nanti :)
Bapa: Ayang ni..dia tu baru saje masuk darjah satu.hehe..takpe2, abang pun berharap begitu
Ibu: Tau takpe..hehe :P

"Alangkah indahnya tika itu, Wahai anak anak...ambillah pengajaran"

Ibu: Abang...Abang..., tadi pengetua call
Bapa: Nape ayang? muke sedih je ni..ada pape ke?
Ibu: hmmm...pengetua kata, anak kita ditangkap merokok
Bapa: Betul ke ayang?! Apa pengetua kata lagi?
Ibu: itu je.. pengetua suruh kita datang sekolah untuk bincang pasal ni
Bapa: hmmm.. tak tahu la ape nak jadi dengan anak kita
Ibu: abang.. ayang takutlah..
Bapa: Jangan risau...insyaAllah, semuanya akan selamat..kita doa banyak banyak

"Alangkah indahnya tika itu, Wahai anak anak...ambillah pengajaran"

Ibu: Abang...Abang...,ada orang ketuk pintu rumah kita lah?
Bapa: Siapa yang datang tengah malam ni? Takpelah, biar abang yang tengok
Ibu: Hati hati ye abang..
Ibu: Siapa yang datang abang?
Bapa: Ayang tenang ek.. polis yang datang..mereka cari anak kita
Ibu: apa?!...be..bet..betul ke abang (T_T)
Bapa: tenang ye ayang..kita atasi masalah ni sama sama

"Alangkah indahnya tika itu, Wahai anak anak...ambillah pengajaran"

Ibu: Abang...Abang..., jangan tinggalkan ayang (T_T)
Bapa: Ayang jangan sedih ek.. Abang tak boleh tengok ayang menangis
Ibu: Ni semua salah ayang sebab tak didik anak kita betul2..kalau tak, tentu anak kita dah jadi doktor, bole rawat abang (T_T)
Bapa: Sabar ye Ayang, ni bukan salah awak..kita telah menjalankan tugas kita sebaiknya. Saya bangga dengan awak :)
Ibu: Abannnnggggggg.........

"Alangkah indahnya tika itu, Wahai anak anak...ambillah pengajaran"

Ibu: Abang...Abang...Semoga Allah merahmatiMU...............


"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia"
(Surah Al Isra' 23:17)