Kembalilah wahai manusia yang bergelar hamba

"Hitam, Gelap,....."
"Dimanakah aku??!!"
"Kenapa gelap sangat!!"

Wahai Hamba tuhan, itulah hatimu...
Sanggupkah kau menemui tuhan mu dalam keadaan begini
Malulah kamu...Astaghfirullah, astaghfirullah
Malulah kamu...Astaghfirullah, astaghfirullah
Malulah kamu...Astaghfirullah, astaghfirullah.

Hitam itu kerana dosamu wahai si fulan
kau yang mengotorkannya..
kembalilah kepada tuhan
kembalilah kepada tuhan..
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
(Al Syams;9-10)

Jangan nanti kamu menyesal kemudian...
dan tiada guna jika baru mahu menyesal ketika di pengadilan tuhan nanti

Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam; dan pada hari itu ingatlah manusia, akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya
(Al Fajr;23)

Adakah kamu hendak menjawab
"aku tiada masa yang cukup untuk beribadah, aku sibuk"
"berilah aku peluang..."
Namun tiada guna penyesalan mu tika itu

Dan mereka berteriak di dalam neraka itu : "Ya Tuhan kami, keluar- kanlah kami niscaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan". Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau ber- fikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan ? maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun.
(Al Fatir;37)

Mane pergi masa mudamu??!!!!

Kembalilah sementara masih ada masa
Kembalilah sementara masih ada masa
Kembalilah sementara masih ada masa

"Wahai tuhan..ku tak layak, ke syurgaMU.......
Namun tak pula aku sanggup..ke nerakaMU......
Ampunkanlah dosa dosaku........"

0 comments:

Post a Comment