Penumpang sekalian, kita akan berhenti berehat disini sebentar.


Di sebuah R&R...

Ali: Ibu,, ibu,,ibu,, nak main kat taman permainan tu..!! hehe..bole la ibu..huhu

Ibu: laaa...tadi dalam bas Ali beria ria kata lapar nak beli makanan kat sini..ni nak main kt taman permainan pulak..

Ali: Bole la ibu...kejap je..plissss

Ibu: tak boleh..nanti bas kita tinggal..diorang bagi 30 minit je kat R&R ni..

Ali: kejap je..Ali janji main kejap je...lepas tu, Ali beli makanan ..

Ibu: yela..yela..cepat sikit

25 minit kemudian...

Honk!!Honk!! (hon bas dibunyikan)

Ibu: Cepat Ali..bas dah nak gerak tu

Ali: Alamak ibu..Ali lupa beli makanan untuk kita dalam bas la..adeehhhh

Ibu: kan ibu dah kata, jangan main..beli makanan untuk bekalan kita dalam bas..sekarang kita dah tak ada makanan..berlaparlah kita dalam bas nanti.

Dialog di atas adalah analogi berkaitan hakikat kehidupan kita sebenarnya didunia ni
kita di dunia tidak lebih dari sebuah tempat persinggahan

Apabila kita amati dialog diatas,
menceritakan kisah dua beranak yang berhenti di sebuah perhentian R&R untuk membeli makanan atau bekalan sepanjang perjalanan mereka.
Namun lain yang berlaku pabila si anak sibuk bermain main sehingga lupa tujuan asal mereka untuk membeli makanan dan akhirnya mereka kelaparan sepanjang perjalanan mereka ..

Begitulah sebenarnya kehidupan kita..
Kita didunia ni bukannya untuk bermain main tetapi mengumpul bekalan sebanyak banyaknya untuk bekalan kita di akhirat nanti..
Dan pabila kita gagal mengumpul bekalan tersebuat..maka kita tergolong dalam golongan orang yang teramat rugi

"tadi dalam bas Ali beria ria kata lapar nak beli makanan kat sini"

samalah situasi kita, semasa kita di alam roh..
Allah berfirman

" Adakah kamu bersaksi bahawa Aku adalah Tuhan kamu? Menjawab ( roh ) : Bahkan, kami bersaksi ( bahawa Kamu adalah Tuhan kami )".

Semasa di alam roh..kita semua bersaksi Allah adalah tuhan..dan kita hambaNya..
Namun cuba kita muhasabah,
semasa kita didunia, adakah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNya???


"Imam Al-Ghazali mengumpamakan perjalanan hidup di dunia ini seperti sebuah pelayaran di lautan yang luas. Ketika dalam pelayara
n, tiba-tiba kelihatan sebuah pulau yang begitu indah. Lalu Nahkoda bahtera meminta semua anak-anak kapal turun ke pulau tersebut dan mencari sebanyak mungkin bekalan yang akan digunakan untuk meneruskan pelayaran menuju ke destinasi yang telah ditentukan."


Ketika masa untuk kembali semula ke bahtera, Nahkoda telah bersedia untuk melihat dan bertanya kepada anak-anak kapalnya, apa dan berapa banyak bekalan yang mampu dikumpulkan? Maka anak-anak kapal tersebut kembali dalam keadaan 3 golongan :

Golongan pertama : Golongan yang turun di pulau tersebut, lalu merasa takjub dan terpesona dengan keindahannya. Mereka leka menikmati keindahan pulau tersebut, sehingga lupa kepada tujuan sebenar mereka. Mereka akhirnya kembali dalam keadaan tidak membawa apa-apa. Mereka adalah golongan yang paling rugi ( celaka ).

Golongan kedua : Golongan yang turut takjub dan terpesona, sempat menikmati keindahan pulau tersebut. Tetapi sebelum tiba waktu untuk kembali ke bahtera, mereka tiba-tiba tersedar. Tersedar dengan tujuan asal mereka. Lalu mereka kembali membawa bekalan yang teramat sedikit. Mereka juga termasuk dari golongan yang rugi, namun masih dapat memanfaatkan masa-masa terakhir untuk mencari bekalan.

Golongan ketiga : Golongan yang turun di pulau tersebut, melihat keindahan jua, namun sekali-kali mereka tidak takjub dan terpesona. Mereka terus berlumba-lumba mencari sebanyak mungkin bekalan untuk di bawa balik ke bahtera. Mereka kembali dalam keadaan membawa bekalan yang banyak. Merekalah dari kalangan golongan yang beruntung.


Firman Allah Taa'la yang bermaksud :" Dan tidaklah Kami menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Kami".


cuba kita fikirkan..kita berada dalam golongan yang mana??

golongan yang mana??

golongan yang mana??

Tepuk dada tanya iman....


Sabda Nabi s.a.w : " Sesungguhnya dunia itu manis dan indah, dan sesungguhnya Allah telah menjadikan kamu sebagai khalifah didalamnya, maka Allah melihat segala apa yang kamu lakukan ( diawasi )".



create your own banner at mybannermaker.com!