Kau terdengar kicauan beburung, Yang menyanyi di dada pelangi, Kau menggapai awan di langit memutih, Dirimu lebur di mamah menteri.
Kau impikan harapan menggunung, Di lorong hanyir kehidupanmu, Kau hirup sari madu bunga beracun, Mewarnai dunia misteri mimpimu.
Kau calari setangkai hati ibunda, Yang menanti di bilahan hari hari, Kau hitamkan wajah ayahanda, Yang mengharapkan sinar kehidupan.
Apalah yang ingin diharapkan lagi, Semua kini sudah jadi tak pasti, Bangkitlah segera dari mimpi ngeri, Pulihkan kembali harga diri.
Sinar hidupmu tiada nyalaan api, Berlabuhlah di muara ini, Pasrahkanlah hidupmu, Ke lorong ilahi, Disana menanti Syurga yang abadi, Disana menanti Syurga yang hakiki.
Disana menanti Syurga yang abadi, Disana menanti Syurga yang hakiki.
MAKSUD: Mengisahkan seorang pemuda yang tertipu dengan dunia, mengambil keseronokan dunia sehingga dirinya hanyut berlumuran dosa. Dimasa mudanya, menghabiskan dengan keseronokan yang menglalaikan sehingga menghampakan harapan ibu bapanya yang ingin menglihat dirinya berjaya. Pabila kesedaran mula menyinggah dalam dirinya, dia mendapati dirinya sudah teruk dimamah dosa. Dia sendiri berasa dirinya tidak termampu untuk bangkit lagi kerna dosa dosa yang dia lakukan.
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itudan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
(Al Syams;9-10)
Allah itu MAHA PENGAMPUN... mintalah pengampunan dari Allah dan yakinlah.....Allah akan mengampunkan.
Sebagai hamba, teruskan berdoa agar terus diberi hidayah agar kita tidak terhanyut dek arus dunia yang penuh kepura puraan...
INGATLAH.....
Hidayah Allah itu umpama hujan… kena pada setiap tempat, penjuru dan ceruk alam ciptaanNya.. Allahlah yang mencampakkan hidayah itu.. setiap tempat akan kena pancaran hidayah itu seolah-olah kata pepatah “bumi mana yang tidak ditimpa hujan?…
Dan tadahan bagi hujan hidayah itu adalah hati-hati manusia… terpulang pada kita, samada untuk membuka tadahan hati kita atau menutupnya… dan bilamana saat kita bertanya tentang hidayah Allah,
Hidayah Allah itu umpama hujan… kena pada setiap tempat, penjuru dan ceruk alam ciptaanNya.. Allahlah yang mencampakkan hidayah itu.. setiap tempat akan kena pancaran hidayah itu seolah-olah kata pepatah “bumi mana yang tidak ditimpa hujan?…
Dan tadahan bagi hujan hidayah itu adalah hati-hati manusia… terpulang pada kita, samada untuk membuka tadahan hati kita atau menutupnya… dan bilamana saat kita bertanya tentang hidayah Allah,
mungkin itulah permulaan hidayah dariNya..
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itudan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
(Al Syams;9-10)
Disini, suka ana ceritakan sebuah kisah benar seorang hamba Allah, yang minta ana ceritakan kisahnya, agar dijadikan pedoman dan ana kira hidayah Allah terlalu hampir dengannya...WaAllahua'lam
Jiwa rasa kosong.. hilang.. mati.. mengapa?? Mungkin kah kerana dilanda kebosanan? Teman sebilik tiada disisi untuk bergosip.. atau aku cemburu kerana dia kini dalam perjalanan ke rumah boyfriendnya, sedang kan tidak aku? Jangankan rumah boyfriend, tapi boyfriend pun tak ada! Atau aku mengurungkan diri kerana rasa ada yang kurang pada diri ku hingga hilang semua keyakinan untuk melangkah keluar dari bilik..Bila difikir fikirkan, aku jauh lebih hot, sexy, easy going dari dia. Berapa ramai lelaki nak pada aku. Handphone tak pernah senyap. Si A call ajak keluar makan. Si B ajak keluar jalan jalan. Si C mahu bongceng aku dengan bike barunya, mahu test moto katanya. Si D mahu cakap something important. Si E ajak photo shoot. Sampai lah ke Si Z. Habis battery handphone hanya kerana orang call dan message, bukan kerana dengar lagu or what so ever.. Ya.. Nampak macam tersangatlah hot. Kalau member member dengar cerita ni, pasti aku dipulaukan. Maklum la, semua lelaki aku sapu. Tu pasal handphone dorang tak berbunyi. Tapi silap. Untung lah kalian semua kerana tidak menerima call dan panggilan dari jejaka jejaka jahanam ini. Tak tahu kah kalian? Si A mahu gesel gesel kaki ketika makan, tandanya “mari ikut I balik rumah I”.. then nak kata “tak mahu” pun tak sempat dah. Sebab by the time anda nak buka mulut untuk jawab “tak mahu” tu, anda dah pengsan dilamun mimpi indah dah. Si B pulak, mahu pegang tangan, peluk pinggang, nak menunjuk nunjuk pada geng geng dia yang dia dapat mengayat gadis yang sorang ni walau untuk sejam dua sahaja. Si C pula, bukan mahu test moto. Tapi mahu test aku sebenarnya. Maklum lah, potongan badan pun bisa membuatkan lelaki terliur. Kan best bila aku panjat super bike dia, peluk dia kuat kuat dan ….. pun bertemu erat dengan badannya. Manakala Si D, mahu test power ayat dia sahaja. Sambil menggomol gomol tangan ku, sambil mengusap usap rambutku yang rapi terdandan dengan dandanan yang paling latest mangikut peredaran dunia fesyen. Si E pula, bukan mahu mencungkil bakat fotografi dia atau bakat modeling aku. Tapi dia nak suruh aku tayang badan, sentuh kulit di badan aku semasa menggayakan pose dan tatap sepuasnya dalam rakaman rakaman gambar yang dia ambil. Bagaimana pula dengan Si F, G, H dan seterusnya?Gadis gadis sekalian.. seronok kah jadi aku? Sebut nama, siapa tak kenal? Padahal bukan artis pun. Tapi cukup popular dikalangan member member kita dalam kampus ni. Budak budak IPT sebelah menyebelah kita pun cukup kenal dengan nama aku.Please lah.. aku tak dahagakan nama. Aku tak dahagakan perhatian lelaki. Apa yang aku perlukan? Apa yang aku dahagakan? Aku dahagakan ilmu agama. Memang hidup aku penuh dengan material, lelaki, kawan, network,, etc. tapi.. lihat lah. Bahagiakah aku? Ke mana pergi family, ke mana pergi diriku. Mana?? Dalam kesoronak dunia. Bila sakit datang menyerang, bila letih menguasai seluruh badan, bila nak bernafas pun terasa lemah.. siapa yang ada disisi? None of them!Dulu aku boleh survive lagi.
"Tapi.. lepas kesedaran mula menyinggah selepas mimpi ngeri itu melewati tidur malam ku,"
aku dah mula rasakan yang aku amat memerlukan agama. Siapa kata aku tak ada agama? Dalam Mykad aku dah terang terang nyata kan aku Islam. Tapi.. quran pun aku tak reti nak baca. Aduhhh.. macam mana ni??Kalau lah aku reti baca quran, tentu sekarang ni aku sedang baca quran. Yelah, bosan gila kot duduk bilik sorang sorang. Novel pulak dah abis baca semua. Nak beli baru, tak ada duit dah. Pasal dah tak meliar, so income pun tak ada lah. Maklumlah, dah tak ada yang tanggung, dah tak ada yang bank in. dah tak ada yang bagi surprise.Haha. Bosan kan hidup aku?Kalau aku masih macam dulu, tentu hidup aku tak sebosan ni. Yelah, siang keluar ngan lelaki lain, malam dengan orang lain. Pegi lunch dengan lelaki lain, pegi library ngan orang lain. Pegi dinner ngan orang lain. Kenapa aku dah tak buat macam tu? Sebab hidup macam tu pun aku dah bosan! Dan aku takut mati! Aku perlukan jalan keluar!!Dimanakan jalan keluar itu? Aku teringin sangat mahu baca quran sedap sedap macam dalam tv tu. Aku teringin pakai telekung comel comel macam dalam drama melayu tu. Aku teringin peluk parents dan siblings aku erat erat macam kawan kawan buat.
Ingatlah, Sebesar mana pun dosa yang kita buat (selain mensyirikkan Allah) bertaubatlah...Allah pasti memberi pengampunan..InsyaAllah..
Ya Ghaffar.. ya Ghaffar.. ya Ghaffar..
Sebuah Hadis yang menceritakan kisah orang yang bertaubat: Daripada Abu Said Al-Khudriy r.a Nabi s.a.w bersabda: Seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, lalu dia mencari seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang rahib, dia terus berjumpa rahib tersebut kemudian berkata: Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima? Pendeta tersebut menjawab: Tidak. Mendengar jawapan itu, dia terus membunuh rahib tersebut dan genaplah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya. Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang Ulama, dia terus berjumpa Ulama tersebut dan berkata: Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima? Ulama tersebut menjawab: Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Pergilah ke Negeri si polan, kerana di sana ramai orang yang beribadat kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah s.w.t bersama mereka dan jangan pulang ke Negerimu kerana Negerimu adalah Negeri yang sangat hina. Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan jalan tiba-tiba dia mati, menyebabkan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab bertelingkah mengenainya. Malaikat Rahmat berkata: Dia datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah s.w.t. Manakala Malaikat Azab pula berkata: Dia tidak pernah melakukan kebaikan. Lalu Malaikat yang lain datang dalam keadaan berupa manusia dan cuba menghakimi mereka sambil berkata: Ukurlah jarak di antara dua tempat. Mana yang lebih hampir, itulah tempatnya. Lantas mereka mengukurnya. Ternyata mereka dapati lelaki tersebut lebih hampir kepada negeri yang ditujunya. Akhirnya dia diambil oleh Malaikat Rahmat.
- Hadith riwayat Bukhori, Muslim dan Ibnu Majah
Justeru, jangalah berputus asa...dan terus meminta keampuanan dan hidayah dari Allah WaAllahua'lam
Umrah (ﻋﻤﺮﻩ) ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa'ie dan bertahlul mengikut tertib
Rukun Umrah: 1)Berniat ihram Umrah 2)Tawaf Kaabah 7 kali keliling 3)Sa'i diantara Safa dan Marwah sebanyak 7 kali 4)Bergunting (Tahallul) 5)Tertib
Wajib Umrah 1)Niat Ihram di Miqat 2) meninggalkan larangan Ihram
Haji ialah qasad mengunjungi Baitullah al-ha-ram serta melakukan manasik dengan sifat sifat yang tertentu pada waktu yang tertentu
Rukun Haji 1)Niat 2)Wukuf di Arafah 3)Tawaf Baitullah 4) Sa'i (Safa-Marwah) 5)Tahallul (Bergunting/bercukur) 6)Tertib pada kebanyakan rukun
Wajib Haji 1) Niat di Miqat 2)Meniggalkan larangan Ihram 3)Bermalam di Muzdalifah 4)Melontar Jamrah Aqabah 5)Bermalam 3 malam di Mina 6)Melontar ketiga tiga Jumrah pada hari Tasy-rik
UMRAH Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ini adalah pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar.
Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.
Sabda Nabi yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r.a. katanya:
Aku berkata : "Wahai Rasullah,apakah wanita wajib berjihad?". Sabda Baginda: "Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah".
Niat Ihram, Tawaf dan Sa'ie tidak boleh dilakukan di mana-mana tempat lain melainkan di tempat yang ditetapkan.
1) Iaitu niat ihram di Miqat
Miqat (bahasa arab: ميقات) merupakan sempadan bagi ibadah haji seseorang itu dikira bermula (batas-batas yang telah ditetapkan). Apabila melintasi miqat, seseorang yang ingin mengerjakan haji perlu mengenakan kain ihram mereka dan memasang niat. Miqat digunapakai bagi haji dan umrah.
Miqat dibagikan kepada 2 :
Miqat Zamani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﺯﻣﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan waktu:
Bagi haji, miqat bermula pada bulan Syawal sampai terbit fajar tanggal 10 Zulhijah iaitu ketika ibadah haji dilaksanakan.
Bagi umrah pula, miqat zamani bermula pada bila-bila masa sepanjang tahun memandangkan umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa.
2. Miqat Makani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﻣﻛﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan tempat:
Bagi mereka yang duduk di Makkah, tempat untuk ihram haji adalah Makkah itu sendiri (rumah sendiri). Bagi umrah pupla ialah keluar dari tanah haram Makkah iaitu seelok-eloknya di Ji'ranah, Tan'eim atau Hudaibiyah.
Bagi mereka yang datag dari sebelah timur sepertiMalaysia, Singapura, dan kebanyakan negara Asia lain, tempatnya adalah di Yalamlam (ﻳﻠﻣﻠﻢ) atau Jeddah (ﺟﺪﻩ).
Bagi yang datang dari barat seperti Mesir, miqatnya di Juhfah (ﺟﺤﻔﻪ).
Bagi yang datang dari selatan seperti Yaman, tempat untuk berihram adalah Qarnul Manazil (ﻗﺮﻦﺍﻠﻣﻨﺎﺯﻝ).
Bagi yang datang dari Madinah, tempatnya di Dzulhulaifah Abyar 'Ali (ﺫﻭﺍﻟﺣﻠﻴﻔﻪ ﺍﺑﻳﺎﺭ ﻋﻠﻲ).
Bagi yang datang dari bahagian Iraq pula adalah di Dzatu 'Irq (ﺫﺍﺕ ﻋﺮﻕ).
2) Tawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah di dalamMasjidil Haram
3) Bersa'i 7 kali bermula di bukitSafa dan berakhir di bukit Marwah.
4) Bertahallul iaitu bercukur atau mengunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai selepas itu, segala larangan dalam Ihram menjadi halal sepertimana sebelum beliau berihram.
Ali: Ibu, Ali nak lolipop tu ibu. Bolelah ibu...Plissss :(
Ibu: Boleh Ali. Tapi, sekarang belum masuk waktu berbuka puasa lagi. Masih awal pagi lagi. Kalau Ibu belikan sekarang, Ali tak boleh makan juga. Ali kan dah janji dengan ibu nak puasa penuh hari ni.
Ali: Tapi bu.....Ali dah lama teringinkan lolipop tu. Boleh lah Ibu. Ali janji. Ali tak akan makan lolipop tu selagi tak berbuka lagi. Plisssss bu.........
Ibu: Janji?
Ali: Janji!!!!!!!!!!!! :)
Ibu: Baiklah. Ibu belikan.
Ali: Terima kasih bu. Tapi Ibu, kenapa beli dua?
Ibu: Ooo. Satu lagi untuk adik kamu. Nanti dia teringin pulak bila tengok kamu makan nanti.
Ali: Ye tak ye jugak :P
(Setengah jam kemudian)
Ibu: Ali! Kenapa kamu bukak pembalut lolipop tu?!! Ali dah janji dengan ibu nak berpuasa penuh hari ni kan?!
Ali: Ali nak tengok je lolipop tu warna ape... Mintak maaf ek ibu..
Ibu: Kamu ni, ada ada saja. Jangan makan tau.
Ali: Baik bu.
(Waktu berbuka puasa)
Ibu: Ali!! Kenapa kamu ambil lolipop adik kamu?! Mane lolipop kamu?!
Ali: Lolipop Ali dah rosak. Lolipop adik elok lagi.
Ibu: Itu lah...Ibu dah cakap, jangan buka pembalut tu lagi tadi.
Ali: Kenapa tak boleh bukak pembalut tu?
Ibu: Pembalut tu lah yang menjaga lolipop tu, jika pembalut tu tertanggal, habislah..
Ali: Habislah??
Ibu: Yela. Kalau pembalut tu dah tertanggal, nanti agen agen perosak akan merosakkan lolipop tu. Lain pulak dengan pembalut nya masih tak tertanggal, lolipop tu akan terus terjaga. Betul tak Ali?
Ali: Betul tu Ibu. Lepas ni Ali tak akan buka pembalut tu lagi. Sebab Lolipop itu untuk Ali, bukan untuk agen agen perosak tu!!!!
Lolipop...analogi yang mudah bagi kaum hawa yang berfikir.
Mana satu pilihan hati
Berbalut atau tidak berbalut?
"Dan hendaklah mereka menutup kerudung ke dadanya"
An Nur:31
"Wahai Makhluk Ciptaan yg ESA yg aku sayangi. Peliharalah Maruahmu...Peliharalah Auratmu...Peliharalah suaramu...Peliharalah Sikapmu...Agar tidak menjadi SAJIAN AN NAR!!! Agar tidak membingungkan Rasul kesayanganku. Agar Kau tidak menjadi Tentera SYAITAN musuh Kita yg nyata. Sebaliknya jadilah kamu pembantu para Muslimin....Penguat para mukminin...Pembakar para mujahidin...Peliharalah...Peliharalah...Peliharalah...Agar kami pejuang Agama ALLAH terpelihara. Aku ingin sekali melihat kau yg kucintai menutup tubuhmu dengan baik dan memelihara auratmu dengan sempurna. Agar aku menjadi lebih hormat kpd mu. Ingin sekali ku melihat kau memelihara maruahmu."
Agar Kaum Adam lebih berusaha mendapatkanmu dan menghargaimu...
"Jauhkanlah diri kamu dari Fesyen2 yg bakal menjadikan kamu sajian api jahanam...Jauhkanlah diri kamu drpd tutur kata yg sia2 daripada menjadi bahan guntingan neraka...Tapi bakarlah semangat kamu dgn api AKIDAH agar bergetar seluruh jiwa lelaki akan Insan yg bernama MUSLIMAH."
Khusus Untukmu Daie.. Muhasabah buat diri dan sahabat2 yang seperjuangan.
Pejuang..... Dalam pejuang,tidak semuanya berilmu. Dalam pejuang yang berilmu sikit yang beramal. Dalam pejuang yang beramal,lebih sikit yang ikhlas. Dalam pejuang yang ikhlas terlalu sikit yang istiqamah.
Wahai sahabat, perjuangan bukanlah kita menjatuhkan hukum pada seseorang tetapi menjadikan tidak tahu kepada tahu, dari tahu menjadi beramal, dari beramal jadi ikhlas dalam amalan, dari ikhlas dalam amalan maka istiqamah dalam amalan.
Bersama kita muhasabah,kerana tiada gunanya kita bercakap tetapi tidak melakukannya dan melarang tetapi kita pula melakukannya.
Janganlah kita (diri ini khususnya) menjadi permata yang berergemerlapan dihadapan manusia, tetapi menjadi TAIK yang jijik dibelakang dibelakang manusia.
Analisa
Analisa
Analisa
Analisa
Analisalah diri sebelum terlambat
"CINTAILAH ALLAH SWT, NESCAYA KAMU AKN PEROLEHI SEGALANYA.."
Bila seronok, aku cari..... pasanganku bila sedih aku cari.... Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada...... pasanganku Bila gagal, aku ceritakan pada.....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat..... pasanganku Bila berduka, aku peluk erat.... Mak
Bila nak bercuti, aku bawa..... pasanganku Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah...Emakku
Bila sambut hari jadi pasanganku, aku belikan hadiah yang mahal Bila sambut hari ibu, aku hanya mampu ucapkan "Selamat hari Ibu"
Selalu..... aku ingatkan pasanganku Selalu..... Emakku ingatkan aku
Bila-bila.... aku akan telefon pasanganku Entah bila.... aku akan telefon Emakku
Selalu.... aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila..... aku belikan hadiah untuk Emakku
Renungkanlah: Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja Bolehkah kau kirim wang untuk Emak Mak bukan nak banyak lima puluh ringgit sebulan cukuplah Berderai air mata jika kita mendengarnya tapi jika mak sudah tiada MAAKKKKKKKKKKKKK!!!!!!
Ibu, yang bersusah payah melahir dan membesarkan kita atau kekasih, yang tidak halal kepada kita yang mana satu lagi penting
Wahai diri dan sahabat sahabat yang disayangi, Pejamkan mata, kembalikan memori ibu dalam fikiran dan bayangkan susahnya mereka mendidik kita Jika nak dibandingkan dengan wanita (kekaksih@ awek) yang tidak halal bagi kita itu, tidak terbanding Sungguh bodoh diri ini jika melebihkan wanita (kekasih @ awek) dari ibu sendiri Bunyinya kasar, tapi begitulah hakikat
Wahai diri dan sahabat sahabat yang disayangi, islam tidak melarang kita bercinta, malah Allah sudah menggariskan panduan untuk kita bercinta
Katakanlah: "jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik
At Taubah:24
: Cinta kepada ALLAH melebihi segala galanya
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.
Surah al-Ahqaf ayat 15
: Cinta kepada IBU BAPA
janganlah kita menyakiti ibu bapa kita walaupun sedikit Ingatkah kita kepada kisah Juraij
Suatu hari, ketika Juraij sedang mengerjakan solat sunat, ibunya memanggil agar Juraij datang segera untuk menolongnya. Panggilan itu didengar oleh Juraij tapi Juraij ragu, antara meneruskan solat sunat atau menyahut panggilan ibunya. Akhirnya Juraij meneruskan solat sunat hingga 3x ibunya memanggil. Ibunya kecil hati kerana sudah 3x memanggil tetapi Juraij tidak menyahut & tidak dtg kepadanya. Dari mulutnya, keluar kata2; YA Allah, janganlah Juraij mati sebelum dirinya mendapat fitnah. Setelah selesai solat, Juraij menyahut panggilan ibunya, tapi ibunya sudah marah dan kecil hati, dan menganggap Juraij sebgai anak derhaka.
Tidak berapa lama selpas itu, datang seorang perempuan hamil ke surau Juraij dan duduk di sudut surau. Pagi2 ketika orang pergi ke surau utk solat subuh, maka mereka pun tercengang, siapa gerangan wanita hamil yang duduk di sudut surau itu. Maka orang datang kepadanya menanyakan siapakah dia dan kenapa berada di surau itu. Perempuan itu menjawab bahawa dia adalah perempuan yang telah diperkosa oleh Juraij dan hamil kerananya. Semua orang tercengang dan kehairanan, kenapa Juraij yg begitu taat beribadat boleh terpedaya dengan ppuan itu sehingga hamil. Mereka yg hadir pulang ke rumah masing2 membicarakan peristiwa yang berlaku kpd Juraij. Maka Juraij ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.
Setelah perempuan itu melahirkan bayinya, maka Juraij dibawa ke pengadilan untuk dijatuhkan hukuman setimpal dengan perbuatannya. Mula2, hakim menanyakan kpd Juraij betulkah bayi yang lahir itu bayinya sendiri. Maka Juraij menjawab, bayi itu bukanlah anaknya. Kemudian, ditanya kepada perempuan itu. Perempuan itu menjawab bahawa bayi itu adalah anak Juraij. Juraij meminta kpd hakim, agar diadakan saksi. Hakim menanyakan siapa yang akan jadi saksi itu, Juraij mengharapkan agar bayi yg baru lahir itu menjadi saksi. Hakim kehairanan, tidak mungkin bayi itu dijadikan saksi dan boleh berbicara. Juraij mengharapkan agar bayi itu tetap menjadi saksi dan ditanya siapa bapanya, insyaAllah dia akan menjawab sebagaimana diharapkan.
Akhirnya hakim menerima permintaan Juraij dan meletakkan telunjuk pada pusat bayi itu dan bertanya; ya babus, man abuka (hai bayi, siapakah bapamu)? Maka bayi itu ditakdirkan Allah pandai bercakap; Abi raa’iyal ghanam (ayah saya tukang gembala kambing). Maka terlepaslah Juraij dr tuduhan ppuan itu iaitu memfitnah dan mencemarkan nama baiknya. Jelaslah, bahawa ayah bayi itu bukan lah Juraij tetapi tukang gembala kambing.
Itulah natijah yg diterima Juraij krn tidak menyahut panggilan ibunya semasa beliau sedang solat sunat sehingga ibunya memanggil 3x. Menurut hukum, solat sunat boleh dibatalkan untuk menyahut panggilan ibu.
Wahai DIRI dan sahabat sahabat...RENUNGKANLAH.....
“Siapa yang kasihkan dunia, maka dia telah membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. Justeru ingatlah, utamakanlah suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)”.
(riwayat Imam Ahmad dan al Hakim)