The Next Rocking Hijab


Bismillahirahmanirahim...

Hidayah Allah itu umpama hujan…
kena pada setiap tempat, penjuru dan ceruk alam ciptaanNya..
Allahlah yang mencampakkan hidayah itu.. setiap tempat akan kena pancaran hidayah itu seolah-olah kata pepatah “bumi mana yang tidak ditimpa hujan?…

Dan tadahan bagi hujan hidayah itu adalah hati-hati manusia…
terpulang pada kita, samada untuk membuka tadahan hati kita atau menutupnya…
dan bilamana saat kita bertanya tentang hidayah Allah,

mungkin itulah permulaan hidayah dariNya..

sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya

(Al Syams;9-10)

Disini, suka ana ceritakan sebuah kisah benar seorang hamba Allah,
yang minta ana ceritakan kisahnya, agar dijadikan pedoman
dan ana kira hidayah Allah terlalu hampir dengannya...WaAllahua'lam

Jiwa rasa kosong.. hilang.. mati.. mengapa?? Mungkin kah kerana dilanda kebosanan? Teman sebilik tiada disisi untuk bergosip.. atau aku cemburu kerana dia kini dalam perjalanan ke rumah boyfriendnya, sedang kan tidak aku? Jangankan rumah boyfriend, tapi boyfriend pun tak ada! Atau aku mengurungkan diri kerana rasa ada yang kurang pada diri ku hingga hilang semua keyakinan untuk melangkah keluar dari bilik.. Bila difikir fikirkan, aku jauh lebih hot, sexy, easy going dari dia. Berapa ramai lelaki nak pada aku. Handphone tak pernah senyap. Si A call ajak keluar makan. Si B ajak keluar jalan jalan. Si C mahu bongceng aku dengan bike barunya, mahu test moto katanya. Si D mahu cakap something important. Si E ajak photo shoot. Sampai lah ke Si Z. Habis battery handphone hanya kerana orang call dan message, bukan kerana dengar lagu or what so ever.. Ya.. Nampak macam tersangatlah hot. Kalau member member dengar cerita ni, pasti aku dipulaukan. Maklum la, semua lelaki aku sapu. Tu pasal handphone dorang tak berbunyi. Tapi silap. Untung lah kalian semua kerana tidak menerima call dan panggilan dari jejaka jejaka jahanam ini. Tak tahu kah kalian? Si A mahu gesel gesel kaki ketika makan, tandanya “mari ikut I balik rumah I”.. then nak kata “tak mahu” pun tak sempat dah. Sebab by the time anda nak buka mulut untuk jawab “tak mahu” tu, anda dah pengsan dilamun mimpi indah dah. Si B pulak, mahu pegang tangan, peluk pinggang, nak menunjuk nunjuk pada geng geng dia yang dia dapat mengayat gadis yang sorang ni walau untuk sejam dua sahaja. Si C pula, bukan mahu test moto. Tapi mahu test aku sebenarnya. Maklum lah, potongan badan pun bisa membuatkan lelaki terliur. Kan best bila aku panjat super bike dia, peluk dia kuat kuat dan ….. pun bertemu erat dengan badannya. Manakala Si D, mahu test power ayat dia sahaja. Sambil menggomol gomol tangan ku, sambil mengusap usap rambutku yang rapi terdandan dengan dandanan yang paling latest mangikut peredaran dunia fesyen. Si E pula, bukan mahu mencungkil bakat fotografi dia atau bakat modeling aku. Tapi dia nak suruh aku tayang badan, sentuh kulit di badan aku semasa menggayakan pose dan tatap sepuasnya dalam rakaman rakaman gambar yang dia ambil. Bagaimana pula dengan Si F, G, H dan seterusnya? Gadis gadis sekalian.. seronok kah jadi aku? Sebut nama, siapa tak kenal? Padahal bukan artis pun. Tapi cukup popular dikalangan member member kita dalam kampus ni. Budak budak IPT sebelah menyebelah kita pun cukup kenal dengan nama aku. Please lah.. aku tak dahagakan nama. Aku tak dahagakan perhatian lelaki. Apa yang aku perlukan? Apa yang aku dahagakan? Aku dahagakan ilmu agama. Memang hidup aku penuh dengan material, lelaki, kawan, network,, etc. tapi.. lihat lah. Bahagiakah aku? Ke mana pergi family, ke mana pergi diriku. Mana?? Dalam kesoronak dunia. Bila sakit datang menyerang, bila letih menguasai seluruh badan, bila nak bernafas pun terasa lemah.. siapa yang ada disisi? None of them! Dulu aku boleh survive lagi.

"Tapi.. lepas kesedaran mula menyinggah selepas mimpi ngeri itu melewati tidur malam ku,"

aku dah mula rasakan yang aku amat memerlukan agama. Siapa kata aku tak ada agama? Dalam Mykad aku dah terang terang nyata kan aku Islam. Tapi.. quran pun aku tak reti nak baca. Aduhhh.. macam mana ni??
Kalau lah aku reti baca quran, tentu sekarang ni aku sedang baca quran. Yelah, bosan gila kot duduk bilik sorang sorang. Novel pulak dah abis baca semua. Nak beli baru, tak ada duit dah. Pasal dah tak meliar, so income pun tak ada lah. Maklumlah, dah tak ada yang tanggung, dah tak ada yang bank in. dah tak ada yang bagi surprise. Haha. Bosan kan hidup aku? Kalau aku masih macam dulu, tentu hidup aku tak sebosan ni. Yelah, siang keluar ngan lelaki lain, malam dengan orang lain. Pegi lunch dengan lelaki lain, pegi library ngan orang lain. Pegi dinner ngan orang lain. Kenapa aku dah tak buat macam tu? Sebab hidup macam tu pun aku dah bosan! Dan aku takut mati! Aku perlukan jalan keluar!! Dimanakan jalan keluar itu? Aku teringin sangat mahu baca quran sedap sedap macam dalam tv tu. Aku teringin pakai telekung comel comel macam dalam drama melayu tu. Aku teringin peluk parents dan siblings aku erat erat macam kawan kawan buat.

Ingatlah,
Sebesar mana pun dosa yang kita buat (selain mensyirikkan Allah)
bertaubatlah...Allah pasti memberi pengampunan..InsyaAllah..

Ya Ghaffar..
ya Ghaffar..
ya Ghaffar..

Sebuah Hadis yang menceritakan kisah orang yang bertaubat:

Daripada Abu Said Al-Khudriy r.a Nabi s.a.w bersabda: Seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, lalu dia mencari seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang rahib, dia terus berjumpa rahib tersebut kemudian berkata: Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima? Pendeta tersebut menjawab: Tidak. Mendengar jawapan itu, dia terus membunuh rahib tersebut dan genaplah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya. Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang Ulama, dia terus berjumpa Ulama tersebut dan berkata: Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima? Ulama tersebut menjawab: Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Pergilah ke Negeri si polan, kerana di sana ramai orang yang beribadat kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah s.w.t bersama mereka dan jangan pulang ke Negerimu kerana Negerimu adalah Negeri yang sangat hina. Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan jalan tiba-tiba dia mati, menyebabkan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab bertelingkah mengenainya. Malaikat Rahmat berkata: Dia datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah s.w.t. Manakala Malaikat Azab pula berkata: Dia tidak pernah melakukan kebaikan. Lalu Malaikat yang lain datang dalam keadaan berupa manusia dan cuba menghakimi mereka sambil berkata: Ukurlah jarak di antara dua tempat. Mana yang lebih hampir, itulah tempatnya. Lantas mereka mengukurnya. Ternyata mereka dapati lelaki tersebut lebih hampir kepada negeri yang ditujunya. Akhirnya dia diambil oleh Malaikat Rahmat.


- Hadith riwayat Bukhori, Muslim dan Ibnu Majah


Justeru, jangalah berputus asa...dan terus meminta keampuanan dan hidayah dari Allah
WaAllahua'lam


create your own banner at mybannermaker.com!

0 comments:

Post a Comment