Lambaian Baitul Haram



Umrah (ﻋﻤﺮﻩ) ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa'ie dan bertahlul mengikut tertib

Rukun Umrah:
1)Berniat ihram Umrah
2)Tawaf Kaabah 7 kali keliling
3)Sa'i diantara Safa dan Marwah sebanyak 7 kali
4)Bergunting (Tahallul)
5)Tertib

Wajib Umrah
1)Niat Ihram di Miqat
2) meninggalkan larangan Ihram

Haji ialah qasad mengunjungi Baitullah al-ha-ram serta melakukan manasik dengan sifat sifat yang tertentu pada waktu yang tertentu

Rukun Haji
1)Niat
2)Wukuf di Arafah
3)Tawaf Baitullah
4) Sa'i (Safa-Marwah)
5)Tahallul (Bergunting/bercukur)
6)Tertib pada kebanyakan rukun

Wajib Haji
1) Niat di Miqat
2)Meniggalkan larangan Ihram
3)Bermalam di Muzdalifah
4)Melontar Jamrah Aqabah
5)Bermalam 3 malam di Mina
6)Melontar ketiga tiga Jumrah pada hari Tasy-rik

UMRAH

Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ini adalah pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar.

Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.

Sabda Nabi yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r.a. katanya:

Aku berkata : "Wahai Rasullah,apakah wanita wajib berjihad?". Sabda Baginda: "Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah".

Niat Ihram, Tawaf dan Sa'ie tidak boleh dilakukan di mana-mana tempat lain melainkan di tempat yang ditetapkan.

1) Iaitu niat ihram di Miqat

Miqat (bahasa arab: ميقات‎) merupakan sempadan bagi ibadah haji seseorang itu dikira bermula (batas-batas yang telah ditetapkan). Apabila melintasi miqat, seseorang yang ingin mengerjakan haji perlu mengenakan kain ihram mereka dan memasang niat. Miqat digunapakai bagi haji dan umrah.

Miqat dibagikan kepada 2 :
  1. Miqat Zamani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﺯﻣﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan waktu:
  • Bagi haji, miqat bermula pada bulan Syawal sampai terbit fajar tanggal 10 Zulhijah iaitu ketika ibadah haji dilaksanakan.

  • Bagi umrah pula, miqat zamani bermula pada bila-bila masa sepanjang tahun memandangkan umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa.

2. Miqat Makani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﻣﻛﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan tempat:

  • Bagi mereka yang duduk di Makkah, tempat untuk ihram haji adalah Makkah itu sendiri (rumah sendiri). Bagi umrah pupla ialah keluar dari tanah haram Makkah iaitu seelok-eloknya di Ji'ranah, Tan'eim atau Hudaibiyah.

  • Bagi mereka yang datag dari sebelah timur sepertiMalaysia, Singapura, dan kebanyakan negara Asia lain, tempatnya adalah di Yalamlam (ﻳﻠﻣﻠﻢ) atau Jeddah (ﺟﺪﻩ).

  • Bagi yang datang dari barat seperti Mesir, miqatnya di Juhfah (ﺟﺤﻔﻪ).

  • Bagi yang datang dari selatan seperti Yaman, tempat untuk berihram adalah Qarnul Manazil (ﻗﺮﻦﺍﻠﻣﻨﺎﺯﻝ).

  • Bagi yang datang dari Madinah, tempatnya di Dzulhulaifah Abyar 'Ali (ﺫﻭﺍﻟﺣﻠﻴﻔﻪ ﺍﺑﻳﺎﺭ ﻋﻠﻲ).

  • Bagi yang datang dari bahagian Iraq pula adalah di Dzatu 'Irq (ﺫﺍﺕ ﻋﺮﻕ).




2) Tawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah di dalam Masjidil Haram





3) Bersa'i 7 kali bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah.




4) Bertahallul iaitu bercukur atau mengunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai selepas itu, segala larangan dalam Ihram menjadi halal sepertimana sebelum beliau berihram.






Rujukan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Umrah
http://ms.wikipedia.org/wiki/Miqat
http://doaharian.blogspot.com/2005/12/pengertian-umrah-dan-haji.html

create your own banner at mybannermaker.com!

0 comments:

Post a Comment