C.I.N.T.A.

Bila seronok, aku cari..... pasanganku
bila sedih aku cari.... Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada...... pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.....Mak

Bila bahagia, aku peluk erat..... pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... Mak

Bila nak bercuti, aku bawa..... pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah...Emakku

Bila sambut hari jadi pasanganku, aku belikan hadiah yang mahal
Bila sambut hari ibu, aku hanya mampu ucapkan
"Selamat hari Ibu"

Selalu..... aku ingatkan pasanganku
Selalu..... Emakku ingatkan aku

Bila-bila.... aku akan telefon pasanganku
Entah bila.... aku akan telefon Emakku

Selalu.... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila..... aku belikan hadiah untuk Emakku

Renungkanlah:
Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja
Bolehkah kau kirim wang untuk Emak
Mak bukan nak banyak
lima puluh ringgit sebulan cukuplah
Berderai air mata jika kita mendengarnya
tapi jika mak sudah tiada
MAAKKKKKKKKKKKKK!!!!!!

Ibu, yang bersusah payah melahir dan membesarkan kita atau kekasih, yang tidak halal kepada kita
yang mana satu lagi penting

Wahai diri dan sahabat sahabat yang disayangi,
Pejamkan mata, kembalikan memori ibu dalam fikiran
dan bayangkan susahnya mereka mendidik kita
Jika nak dibandingkan dengan wanita (kekaksih@ awek) yang tidak halal bagi kita itu,
tidak terbanding
Sungguh bodoh diri ini jika melebihkan wanita (kekasih @ awek) dari ibu sendiri
Bunyinya kasar, tapi begitulah hakikat

Wahai diri dan sahabat sahabat yang disayangi,
islam tidak melarang kita bercinta, malah Allah sudah menggariskan panduan untuk kita bercinta

Katakanlah: "jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik

At Taubah:24

: Cinta kepada ALLAH melebihi segala galanya

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.

Surah al-Ahqaf ayat 15

: Cinta kepada IBU BAPA

janganlah kita menyakiti ibu bapa kita walaupun sedikit
Ingatkah kita kepada kisah Juraij

Suatu hari, ketika Juraij sedang mengerjakan solat sunat, ibunya memanggil agar Juraij datang segera untuk menolongnya. Panggilan itu didengar oleh Juraij tapi Juraij ragu, antara meneruskan solat sunat atau menyahut panggilan ibunya. Akhirnya Juraij meneruskan solat sunat hingga 3x ibunya memanggil. Ibunya kecil hati kerana sudah 3x memanggil tetapi Juraij tidak menyahut & tidak dtg kepadanya. Dari mulutnya, keluar kata2; YA Allah, janganlah Juraij mati sebelum dirinya mendapat fitnah. Setelah selesai solat, Juraij menyahut panggilan ibunya, tapi ibunya sudah marah dan kecil hati, dan menganggap Juraij sebgai anak derhaka.

Tidak berapa lama selpas itu, datang seorang perempuan hamil ke surau Juraij dan duduk di sudut surau. Pagi2 ketika orang pergi ke surau utk solat subuh, maka mereka pun tercengang, siapa gerangan wanita hamil yang duduk di sudut surau itu. Maka orang datang kepadanya menanyakan siapakah dia dan kenapa berada di surau itu. Perempuan itu menjawab bahawa dia adalah perempuan yang telah diperkosa oleh Juraij dan hamil kerananya. Semua orang tercengang dan kehairanan, kenapa Juraij yg begitu taat beribadat boleh terpedaya dengan ppuan itu sehingga hamil. Mereka yg hadir pulang ke rumah masing2 membicarakan peristiwa yang berlaku kpd Juraij. Maka Juraij ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.

Setelah perempuan itu melahirkan bayinya, maka Juraij dibawa ke pengadilan untuk dijatuhkan hukuman setimpal dengan perbuatannya. Mula2, hakim menanyakan kpd Juraij betulkah bayi yang lahir itu bayinya sendiri. Maka Juraij menjawab, bayi itu bukanlah anaknya. Kemudian, ditanya kepada perempuan itu. Perempuan itu menjawab bahawa bayi itu adalah anak Juraij. Juraij meminta kpd hakim, agar diadakan saksi. Hakim menanyakan siapa yang akan jadi saksi itu, Juraij mengharapkan agar bayi yg baru lahir itu menjadi saksi. Hakim kehairanan, tidak mungkin bayi itu dijadikan saksi dan boleh berbicara. Juraij mengharapkan agar bayi itu tetap menjadi saksi dan ditanya siapa bapanya, insyaAllah dia akan menjawab sebagaimana diharapkan.

Akhirnya hakim menerima permintaan Juraij dan meletakkan telunjuk pada pusat bayi itu dan bertanya; ya babus, man abuka (hai bayi, siapakah bapamu)? Maka bayi itu ditakdirkan Allah pandai bercakap; Abi raa’iyal ghanam (ayah saya tukang gembala kambing). Maka terlepaslah Juraij dr tuduhan ppuan itu iaitu memfitnah dan mencemarkan nama baiknya. Jelaslah, bahawa ayah bayi itu bukan lah Juraij tetapi tukang gembala kambing.

Itulah natijah yg diterima Juraij krn tidak menyahut panggilan ibunya semasa beliau sedang solat sunat sehingga ibunya memanggil 3x. Menurut hukum, solat sunat boleh dibatalkan untuk menyahut panggilan ibu.

Wahai DIRI dan sahabat sahabat...RENUNGKANLAH.....

4 comments:

asrar qalbi said...

alhamdulillah entri yg baguz tuk sahabat2~mudah2an kita dapat capai dlu cinta illahi(khaliq) yang hakiki..

Abdullah said...

Syukran, sama2 amik iktibar..insyaAllah

anwar azhari said...

puisi ko tuh..

ak rase ak nyer terbalik.

ak sayang mak ak lg. awek x kasi manfaat bg ak.

Abdullah said...

ni puisi utk org yg dh kemaruk ngn cinta aweks, tepet

klu ko nyer trbalik..baguslah =)

Post a Comment