Nasihat buat diri


"LAPANG sebelum SEMPIT"

post yang pendek, sekadar nak beri peringatan kepada penulis,

"hargai masa tu,exam dah dekat.. bila lapang tak mahu study, bila sibuk dengan kerja..baru terkejar kejar cari buku, bawak buku ke hulu ke hilir..ish2... (-.-")..."

Hadis:

"Perliharalah lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain: Hidupmu sebelum datang matimu, sihatmu sebelum datang sakitmu, kelapanganmu sebelum datang kesibukanmu, mudamu sebelum datang tuamu dan kayamu sebelum datang faqirmu"



JANGAN TERTIPU LAGI!!!

create your own banner at mybannermaker.com!

Umat Terbaik



كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Ali Imran;110

Siapakah 'kamu'??
Kamu adalah sebaik baik umat..

Sedarkah kalian yang sebenarnya kita ini sebaik baik umat
Umat yang terbaik sekali di muka bumi ini
Namun, 'title' yang Allah kurniakan pada kita bukan semudah itu
ada syarat...apa syaratnya??

تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ

"Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah"

Jika kita tidak melaksanakan syarat tersebut
kemungkinan akan tercabut gelaran "sebaik baik umat" itu dari kita

Tahukah kalian semua bahawa bani israel yang juga dikenali sebagai yahudi, pada masa dulunya suatu kaum yang diangkat darjatnya oleh Allah.

Allah berfirman:

يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُواْ نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّي فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ

Hai Bani Israil, ingatlah akan ni'mat-Ku yang telah Aku anugerahkan kepadamu dan (ingatlah pula) bahwasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat

Al Baqarah;47

Ayat ini jelas menjelaskan bahawa Bani Israil telah diberi rahmat oleh Allah dan dilebihkannya dari segala ummat dan segala ummat itu ialah nenek moyang mereka yang berada di masa Nabi Musa a.s.

Namun, akibat sikap mereka yang degil serta sombong dan juga tidak menjalankan amar maaruf nahi munkar menyebabkan Allah menarik kembali nikmat yang Allah berikan kepada mereka sebelum ini.

Allah Berfirman:

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ

Telah dila'nati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan 'Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas.

كَانُواْ لاَ يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُواْ يَفْعَلُونَ

Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan munkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu
Al Maidah;78-79

Lihatlah, Allah melaknat kaum bani israel atas sebab mereka tidak menjalankan amar maaruf nahi munkar.

mereka tidak menjalankan amar maaruf nahi munkar..

mereka tidak menjalankan amar maaruf nahi munkar......

Adakah kita mahu menjadi seperti kaum bani israel??
Justeru, atur gerak kerja kita untuk menjalankan tanggungjawab amar maaruf nahi munkar.

Tanggungjawab???!!! ni tanggungjawab kami ke?? ni tanggungjawab ustaz ustaz la, kami ni budak sains!!

Allah menjawab dalam firmannya berbunyi:

فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنتَ مُذَكِّرٌ

Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan

Al Ghasyiah;21

Bukankah memberi peringatan satu cara amar maaruf nahi munkar?

Mungkin tak semua dapat memberi tazkirah agama dan menegur secara direct dengan kemungkaran yang berlaku didepannya. Tapi, kita boleh fikir cara lain untuk buat amar maaruf nahi munkar asalkan objektif amar nahi munkar tercapai.

Sebagai contoh:
ada orang mempunyai kemahiran melukis, lalu dia menggunakan kemahirannya untuk menjalankan amar maaruf nahi munkar:

http://www.musegalo.blogspot.com/

ada orang mempunyai kemahiran menulis blog, lalu dia menggunakan kemahirannya untuk menjalankan amar maaruf nahi munkar.

ada orang yang tidak berani tegur secara direct, namun timbulkan rasa tanggungjawab dengan membuat laporan kepada badan yang mampu menegur seperti JAKSI.

http://jaksipci.blogspot.com/

ada orang telah terpilih untuk menjadi mentor SC, jadi, gunakan kesempatan ini untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai "pemberi peringatan".

"ada orang telah terpilih untuk menjadi mentor SC, jadi, gunakan kesempatan ini untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai "pemberi peringatan"."

Wahai sahabat,
Ingatkah kita kisah burung pipit yang membawa air dalam paruhnya yang kecil demi memadam api yang marak menyala membakar nabi Ibrahim?

"Wahai sahabatku, mengapakah engkau bersusah payah mengambil air dalam paruhmu untuk memadam api yang marak itu sedangkan engkau pasti tidak mampu dengan keadaan dirimu yang kecil itu jika dibandingkan dengan api yang besar" tanya sahabat sang pipit.

"Wahai sahabatku, aku sedar aku tidak mampu memadamkan api yang marak itu. Namun, inilah sumbanganku pada nabi Allah. Sekurang kurangnya, aku ada modal bila ditanya tuhanku nanti"


Betul, berilah peringatan agar kita ada modal di hadapan Allah nanti

Allah berifrman:

وَإِذَ قَالَتْ أُمَّةٌ مِّنْهُمْ لِمَ تَعِظُونَ قَوْماً اللّهُ مُهْلِكُهُمْ أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَاباً شَدِيداً قَالُواْ مَعْذِرَةً إِلَى رَبِّكُمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasehati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.

Al A'raf;164

p/s:
Sesungguhnya entri kali ini lebih kepada untuk menegur penulis yang lagi teruk daripada pembaca
sebab apa? kerna penulis tahu hal ini, dan jika dia tidak melaksanakan...
sesungguhnya azab Allah amatlah pedih

Astaghfirullah...
Astaghfirullah...

WaAllahua'lam


create your own banner at mybannermaker.com!

Hang nak tahu tak?? Si fulan ni sebenarnya........


Allahumma, aku terjaga olehmu dalam nikmat, afiat (keselamatan dari mara bencana), dan terjaganya rahsia rahsia (dosa-dosa)ku, maka sempurnakan nikmat-Mu, afiat-Mu dan penjagaan-Mu itu atasku, di dunia dan akhirat

(Al-Ma'thurat)

"Bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah nikmat kurniaNya, kita masih dibekalkan dengan dua nikmat yang terbesar iaitu islam dan iman."

Ayat yang sering digunakan dalam kebanyakan pendakwah atau penceramah sebelum memulakan ceramahnya.
Benar, memang benar nikmat yang terbesar yang patut kita syukuri ialah nikmat islam dan iman. Namun, sedar atau tidak ada satu lagi nikmat yang patut kita syukuri...iaitu nikmat ''Terjaganya aib (ستر) kita" oleh tuhan pencipta alam, Allah.

Bersyukurlah kita akan nikmat ini.. kerna..tanpa nikmat ini

"Mampukah seorang imam mengimami jemaahnya jika semua makmum tahu akan aibnya ?"
"Mampukah seorang doktor memberi nasihat kepada pesakitnya jika pesakitnya tahu akan kelemahannya?"
"Mampukah seorang majikan memberi arahan kepada pekerja jika pekerjanya tahu akan keburukannya?"
DAN

"Mampukah kita berdiri dan meneruskan hidup jika semua orang tahu akan dosa dosa dan aib kita?"

Bersyukurlah kita akan nikmat ini..
ALHAMDULILLAH.
ALHAMDULILLAH..
ALHAMDULILLAH...

Jika Allah menutup aib kita, tegarkah kita membuka aib orang lain sedangkan Allah menutup aib kita..

Ayat 11: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”

Ayat 12: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”

(Al Hujaraat; 11-12)

Sedikit kisah yang boleh kita kongsi bersama..

Pada zaman Nabi Musa AS, Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kalimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami”. Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh
debu, haus dan lapar.

Nabi Musa berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak.. warhamnaa bil athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, “Ilaahi..
asqinaa”..

Allah pun berfirman kepada Musa, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kamu sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kamu”.

Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, kerana engkaulah hujan tak turun”. Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksudkan.

Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.

Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”. Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kamu oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.

Musa berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”. Allah berfirman, “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?”

Demikian lah sebuah kisah yang patut kita ambik iktibar..

Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya.

(HADIS DIRIWAYATKAN – MUSLIM)





Allahumma, aku terjaga olehmu dalam nikmat, afiat (keselamatan dari mara bencana), dan terjaganya rahsia rahsia (dosa-dosa)ku, maka sempurnakan nikmat-Mu, afiat-Mu dan penjagaan-Mu itu atasku, di dunia dan akhirat

(Al-Ma'thurat)




create your own banner at mybannermaker.com!

Meniti Mimpi


Kau terdengar kicauan beburung,
Yang menyanyi di dada pelangi,
Kau menggapai awan di langit memutih,
Dirimu lebur di mamah menteri.

Kau impikan harapan menggunung,
Di lorong hanyir kehidupanmu,
Kau hirup sari madu bunga beracun,
Mewarnai dunia misteri mimpimu.

Kau calari setangkai hati ibunda,
Yang menanti di bilahan hari hari,
Kau hitamkan wajah ayahanda,
Yang mengharapkan sinar kehidupan.

Apalah yang ingin diharapkan lagi,
Semua kini sudah jadi tak pasti,
Bangkitlah segera dari mimpi ngeri,
Pulihkan kembali harga diri.

Sinar hidupmu tiada nyalaan api,
Berlabuhlah di muara ini,
Pasrahkanlah hidupmu,
Ke lorong ilahi,
Disana menanti
Syurga yang abadi,
Disana menanti
Syurga yang hakiki.

Disana menanti
Syurga yang abadi,
Disana menanti
Syurga yang hakiki.



MAKSUD:
Mengisahkan seorang pemuda yang tertipu dengan dunia, mengambil keseronokan dunia sehingga dirinya hanyut berlumuran dosa. Dimasa mudanya, menghabiskan dengan keseronokan yang menglalaikan sehingga menghampakan harapan ibu bapanya yang ingin menglihat dirinya berjaya.
Pabila kesedaran mula menyinggah dalam dirinya, dia mendapati dirinya sudah teruk dimamah dosa. Dia sendiri berasa dirinya tidak termampu untuk bangkit lagi kerna dosa dosa yang dia lakukan.

sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya

(Al Syams;9-10)

Allah itu MAHA PENGAMPUN...
mintalah pengampunan dari Allah dan yakinlah.....Allah akan mengampunkan.

Sebagai hamba, teruskan berdoa agar terus diberi hidayah agar kita tidak terhanyut dek arus dunia yang penuh kepura puraan...

INGATLAH.....

Hidayah Allah itu umpama hujan…
kena pada setiap tempat, penjuru dan ceruk alam ciptaanNya..
Allahlah yang mencampakkan hidayah itu.. setiap tempat akan kena pancaran hidayah itu seolah-olah kata pepatah “bumi mana yang tidak ditimpa hujan?…

Dan tadahan bagi hujan hidayah itu adalah hati-hati manusia…
terpulang pada kita, samada untuk membuka tadahan hati kita atau menutupnya…
dan bilamana saat kita bertanya tentang hidayah Allah,

mungkin itulah permulaan hidayah dariNya..



create your own banner at mybannermaker.com!

Dosa yang lebih besar dari berzina


Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan

terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia

berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir

seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di

tubuhnya.Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya

yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah merosakkan

hidupnya.Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah

Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk

salam.

Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk".

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus

merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata,

"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan

berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik.

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita,

"Saya...........telah berzina".

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan,

"Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil.Setelah anak itu

lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati,"

Ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,

"Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak

jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi

Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu,

hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-hantuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa.

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa ke mana lagi kaki-kakinya.

Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya,

bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya

betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.Ia tidak tahu bahwa

sepeninggalnya,

Malaikat Jibril turunmendatangi Nabi Musa.

Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,

"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari

berlakunya zina ada kau mengetahui bahawa ada dosa yang lebih besar daripada berzina dan membunuh ? "

Nabi Musa terperanjat.

"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan

pembunuh itu?"

Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada

Jibril.

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista

itu?"

"Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa

menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina"

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi

untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan

khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan

tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan

sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat

bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.

"Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya."

Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya

dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin

bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya.

Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya.

(Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy)


Dalam hadis Nabi SAW disebutkan :

Orang yang meninggalkan sholat

lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah

Al-Qur'an,membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah.

Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan

sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya,

maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub.

Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360

hari,sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu

tahun di dunia.Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua

hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk

melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.


Janganlah kita jadi seperti dalam video dibawah ini...

Namun, jadilah hamba yang menjaga waktu solatnya



p/s: copy and paste



create your own banner at mybannermaker.com!

The Next Rocking Hijab


Bismillahirahmanirahim...

Hidayah Allah itu umpama hujan…
kena pada setiap tempat, penjuru dan ceruk alam ciptaanNya..
Allahlah yang mencampakkan hidayah itu.. setiap tempat akan kena pancaran hidayah itu seolah-olah kata pepatah “bumi mana yang tidak ditimpa hujan?…

Dan tadahan bagi hujan hidayah itu adalah hati-hati manusia…
terpulang pada kita, samada untuk membuka tadahan hati kita atau menutupnya…
dan bilamana saat kita bertanya tentang hidayah Allah,

mungkin itulah permulaan hidayah dariNya..

sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya

(Al Syams;9-10)

Disini, suka ana ceritakan sebuah kisah benar seorang hamba Allah,
yang minta ana ceritakan kisahnya, agar dijadikan pedoman
dan ana kira hidayah Allah terlalu hampir dengannya...WaAllahua'lam

Jiwa rasa kosong.. hilang.. mati.. mengapa?? Mungkin kah kerana dilanda kebosanan? Teman sebilik tiada disisi untuk bergosip.. atau aku cemburu kerana dia kini dalam perjalanan ke rumah boyfriendnya, sedang kan tidak aku? Jangankan rumah boyfriend, tapi boyfriend pun tak ada! Atau aku mengurungkan diri kerana rasa ada yang kurang pada diri ku hingga hilang semua keyakinan untuk melangkah keluar dari bilik.. Bila difikir fikirkan, aku jauh lebih hot, sexy, easy going dari dia. Berapa ramai lelaki nak pada aku. Handphone tak pernah senyap. Si A call ajak keluar makan. Si B ajak keluar jalan jalan. Si C mahu bongceng aku dengan bike barunya, mahu test moto katanya. Si D mahu cakap something important. Si E ajak photo shoot. Sampai lah ke Si Z. Habis battery handphone hanya kerana orang call dan message, bukan kerana dengar lagu or what so ever.. Ya.. Nampak macam tersangatlah hot. Kalau member member dengar cerita ni, pasti aku dipulaukan. Maklum la, semua lelaki aku sapu. Tu pasal handphone dorang tak berbunyi. Tapi silap. Untung lah kalian semua kerana tidak menerima call dan panggilan dari jejaka jejaka jahanam ini. Tak tahu kah kalian? Si A mahu gesel gesel kaki ketika makan, tandanya “mari ikut I balik rumah I”.. then nak kata “tak mahu” pun tak sempat dah. Sebab by the time anda nak buka mulut untuk jawab “tak mahu” tu, anda dah pengsan dilamun mimpi indah dah. Si B pulak, mahu pegang tangan, peluk pinggang, nak menunjuk nunjuk pada geng geng dia yang dia dapat mengayat gadis yang sorang ni walau untuk sejam dua sahaja. Si C pula, bukan mahu test moto. Tapi mahu test aku sebenarnya. Maklum lah, potongan badan pun bisa membuatkan lelaki terliur. Kan best bila aku panjat super bike dia, peluk dia kuat kuat dan ….. pun bertemu erat dengan badannya. Manakala Si D, mahu test power ayat dia sahaja. Sambil menggomol gomol tangan ku, sambil mengusap usap rambutku yang rapi terdandan dengan dandanan yang paling latest mangikut peredaran dunia fesyen. Si E pula, bukan mahu mencungkil bakat fotografi dia atau bakat modeling aku. Tapi dia nak suruh aku tayang badan, sentuh kulit di badan aku semasa menggayakan pose dan tatap sepuasnya dalam rakaman rakaman gambar yang dia ambil. Bagaimana pula dengan Si F, G, H dan seterusnya? Gadis gadis sekalian.. seronok kah jadi aku? Sebut nama, siapa tak kenal? Padahal bukan artis pun. Tapi cukup popular dikalangan member member kita dalam kampus ni. Budak budak IPT sebelah menyebelah kita pun cukup kenal dengan nama aku. Please lah.. aku tak dahagakan nama. Aku tak dahagakan perhatian lelaki. Apa yang aku perlukan? Apa yang aku dahagakan? Aku dahagakan ilmu agama. Memang hidup aku penuh dengan material, lelaki, kawan, network,, etc. tapi.. lihat lah. Bahagiakah aku? Ke mana pergi family, ke mana pergi diriku. Mana?? Dalam kesoronak dunia. Bila sakit datang menyerang, bila letih menguasai seluruh badan, bila nak bernafas pun terasa lemah.. siapa yang ada disisi? None of them! Dulu aku boleh survive lagi.

"Tapi.. lepas kesedaran mula menyinggah selepas mimpi ngeri itu melewati tidur malam ku,"

aku dah mula rasakan yang aku amat memerlukan agama. Siapa kata aku tak ada agama? Dalam Mykad aku dah terang terang nyata kan aku Islam. Tapi.. quran pun aku tak reti nak baca. Aduhhh.. macam mana ni??
Kalau lah aku reti baca quran, tentu sekarang ni aku sedang baca quran. Yelah, bosan gila kot duduk bilik sorang sorang. Novel pulak dah abis baca semua. Nak beli baru, tak ada duit dah. Pasal dah tak meliar, so income pun tak ada lah. Maklumlah, dah tak ada yang tanggung, dah tak ada yang bank in. dah tak ada yang bagi surprise. Haha. Bosan kan hidup aku? Kalau aku masih macam dulu, tentu hidup aku tak sebosan ni. Yelah, siang keluar ngan lelaki lain, malam dengan orang lain. Pegi lunch dengan lelaki lain, pegi library ngan orang lain. Pegi dinner ngan orang lain. Kenapa aku dah tak buat macam tu? Sebab hidup macam tu pun aku dah bosan! Dan aku takut mati! Aku perlukan jalan keluar!! Dimanakan jalan keluar itu? Aku teringin sangat mahu baca quran sedap sedap macam dalam tv tu. Aku teringin pakai telekung comel comel macam dalam drama melayu tu. Aku teringin peluk parents dan siblings aku erat erat macam kawan kawan buat.

Ingatlah,
Sebesar mana pun dosa yang kita buat (selain mensyirikkan Allah)
bertaubatlah...Allah pasti memberi pengampunan..InsyaAllah..

Ya Ghaffar..
ya Ghaffar..
ya Ghaffar..

Sebuah Hadis yang menceritakan kisah orang yang bertaubat:

Daripada Abu Said Al-Khudriy r.a Nabi s.a.w bersabda: Seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, lalu dia mencari seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang rahib, dia terus berjumpa rahib tersebut kemudian berkata: Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima? Pendeta tersebut menjawab: Tidak. Mendengar jawapan itu, dia terus membunuh rahib tersebut dan genaplah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya. Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang Ulama, dia terus berjumpa Ulama tersebut dan berkata: Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima? Ulama tersebut menjawab: Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Pergilah ke Negeri si polan, kerana di sana ramai orang yang beribadat kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah s.w.t bersama mereka dan jangan pulang ke Negerimu kerana Negerimu adalah Negeri yang sangat hina. Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan jalan tiba-tiba dia mati, menyebabkan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab bertelingkah mengenainya. Malaikat Rahmat berkata: Dia datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah s.w.t. Manakala Malaikat Azab pula berkata: Dia tidak pernah melakukan kebaikan. Lalu Malaikat yang lain datang dalam keadaan berupa manusia dan cuba menghakimi mereka sambil berkata: Ukurlah jarak di antara dua tempat. Mana yang lebih hampir, itulah tempatnya. Lantas mereka mengukurnya. Ternyata mereka dapati lelaki tersebut lebih hampir kepada negeri yang ditujunya. Akhirnya dia diambil oleh Malaikat Rahmat.


- Hadith riwayat Bukhori, Muslim dan Ibnu Majah


Justeru, jangalah berputus asa...dan terus meminta keampuanan dan hidayah dari Allah
WaAllahua'lam


create your own banner at mybannermaker.com!

Lambaian Baitul Haram



Umrah (ﻋﻤﺮﻩ) ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa'ie dan bertahlul mengikut tertib

Rukun Umrah:
1)Berniat ihram Umrah
2)Tawaf Kaabah 7 kali keliling
3)Sa'i diantara Safa dan Marwah sebanyak 7 kali
4)Bergunting (Tahallul)
5)Tertib

Wajib Umrah
1)Niat Ihram di Miqat
2) meninggalkan larangan Ihram

Haji ialah qasad mengunjungi Baitullah al-ha-ram serta melakukan manasik dengan sifat sifat yang tertentu pada waktu yang tertentu

Rukun Haji
1)Niat
2)Wukuf di Arafah
3)Tawaf Baitullah
4) Sa'i (Safa-Marwah)
5)Tahallul (Bergunting/bercukur)
6)Tertib pada kebanyakan rukun

Wajib Haji
1) Niat di Miqat
2)Meniggalkan larangan Ihram
3)Bermalam di Muzdalifah
4)Melontar Jamrah Aqabah
5)Bermalam 3 malam di Mina
6)Melontar ketiga tiga Jumrah pada hari Tasy-rik

UMRAH

Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ini adalah pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar.

Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.

Sabda Nabi yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r.a. katanya:

Aku berkata : "Wahai Rasullah,apakah wanita wajib berjihad?". Sabda Baginda: "Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah".

Niat Ihram, Tawaf dan Sa'ie tidak boleh dilakukan di mana-mana tempat lain melainkan di tempat yang ditetapkan.

1) Iaitu niat ihram di Miqat

Miqat (bahasa arab: ميقات‎) merupakan sempadan bagi ibadah haji seseorang itu dikira bermula (batas-batas yang telah ditetapkan). Apabila melintasi miqat, seseorang yang ingin mengerjakan haji perlu mengenakan kain ihram mereka dan memasang niat. Miqat digunapakai bagi haji dan umrah.

Miqat dibagikan kepada 2 :
  1. Miqat Zamani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﺯﻣﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan waktu:
  • Bagi haji, miqat bermula pada bulan Syawal sampai terbit fajar tanggal 10 Zulhijah iaitu ketika ibadah haji dilaksanakan.

  • Bagi umrah pula, miqat zamani bermula pada bila-bila masa sepanjang tahun memandangkan umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa.

2. Miqat Makani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﻣﻛﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan tempat:

  • Bagi mereka yang duduk di Makkah, tempat untuk ihram haji adalah Makkah itu sendiri (rumah sendiri). Bagi umrah pupla ialah keluar dari tanah haram Makkah iaitu seelok-eloknya di Ji'ranah, Tan'eim atau Hudaibiyah.

  • Bagi mereka yang datag dari sebelah timur sepertiMalaysia, Singapura, dan kebanyakan negara Asia lain, tempatnya adalah di Yalamlam (ﻳﻠﻣﻠﻢ) atau Jeddah (ﺟﺪﻩ).

  • Bagi yang datang dari barat seperti Mesir, miqatnya di Juhfah (ﺟﺤﻔﻪ).

  • Bagi yang datang dari selatan seperti Yaman, tempat untuk berihram adalah Qarnul Manazil (ﻗﺮﻦﺍﻠﻣﻨﺎﺯﻝ).

  • Bagi yang datang dari Madinah, tempatnya di Dzulhulaifah Abyar 'Ali (ﺫﻭﺍﻟﺣﻠﻴﻔﻪ ﺍﺑﻳﺎﺭ ﻋﻠﻲ).

  • Bagi yang datang dari bahagian Iraq pula adalah di Dzatu 'Irq (ﺫﺍﺕ ﻋﺮﻕ).




2) Tawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah di dalam Masjidil Haram





3) Bersa'i 7 kali bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah.




4) Bertahallul iaitu bercukur atau mengunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai selepas itu, segala larangan dalam Ihram menjadi halal sepertimana sebelum beliau berihram.






Rujukan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Umrah
http://ms.wikipedia.org/wiki/Miqat
http://doaharian.blogspot.com/2005/12/pengertian-umrah-dan-haji.html

create your own banner at mybannermaker.com!