Tak pandai masak,..REJECTED!!!

Kalau perempuan tidak boleh memasak,
dikutuk dan disuruh belajar. Kalau
lelaki tak boleh jadi imam kita kata
okay saja. Jangan diperbesarkan nanti
mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak
siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki
pada
seorang anak dara, juga rakan sejawat
kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu
yang dia tidak sempat belajar memasak
sebab dari kecil tidak digalakkan
keluarga sebaliknya di suruh menumpukan
perhatian pada pelajaran saja. Setelah
tinggal di asrama, peluang pulang ke
rumah terhad dan tidak sempat turun ke
dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?"
Tanya sang lelaki lagi dengan penuh
semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain
sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk
belajar agama, jadi belajar memasak
tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab
si
gadis yang membuatkan lelaki tadi
menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak
sempurna seorang wanita jika tidak tahu
memasak. Wanita sepatutnya buat begitu
juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh
menjadi imam. Walau ada yang kata, jika
itu syaratnya bermakna makin ramai
wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di
dapur sebagai perkara utama dan
ungkapan
hendak memikat suami, perlu pikat
seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu
berpelajaran atau berjawatan tinggi dan
penyumbang utama kewangan dalam
rumahtangganya. Sekarang bukan asing
lagi gaji isteri lebih tinggi daripada
suami. Namun kedudukan suami sebagai
raja tidak pernah dilupa walau dia
tidak
mengambil inisiatif mempelajari ilmu
menjadi imam. Ilmu bermain video game
di
komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh
belajar
dan sesudah belajar perlu handal. Jika
handal bukan setakat masak untuk
keluarga sendiri, kalau boleh perlu
boleh memasak untuk tiga pasukan bola.

Begitulah standard yang telah
ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan
undang-undang itu kepada lelaki juga.
Kalau tidak pandai jadi imam,
belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada
keluarga sendiri, sudah terror boleh
mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak,
mereka
tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman
wanita yang lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang
menjadikan sembahyang jemaah di rumah
bersama anak isteri sebagai agenda
utama, selain keperluan memenuhi
pelbagai seleranya? Maka bertanyalah
wanita kini kepada beberapa lelaki
tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak
confident menjadi imam sebab takut
bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah
tajwid atau pun dia merasakan isterinya
lebih handal. Ada yang kata lebih elok
dia dan isteri sembahyang
sendiri-sendiri. Ada juga menjawab,
rasa
kelakar pula apabila dirinya yang
rugged
menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan
sepertimana masyarakat memberatkan
wanita perlu pandai memasak jika mahu
bersuami. Lelaki juga harus boleh
menjadi imam supaya kewibawaan mereka
sebagai ketua keluarga tidak goyah atau
menjadi mangsa 'queen control'. Kalau
tidak pandai, belajarlah sekarang.

Jika wanita disuruh belajar, apa
salahnya lelaki.

Nak jadi macam ni??

ke macam ni?

macam ni kot yg bagus.

Copy and paste: http://ikutsukaatiaku.blogspot.com/2010/03/ko-tak-pandai-masak-rejected.html

Alangkah indahnya tika itu

Ibu: Abang..abang.., ayang ada berita gembira untuk abang :)
Bapa: Apa ayang...? Buat suspen je...hehe :P
Ibu: Abang nak tau...saya dh mengandung 2 bulan :P
Bapa: Alhamdulillah!! :D Yahoo!!!!!
Ibu: Alhamdulillah... berkat doa kita..Allah makbulkan jua...:)

"Alangkah indahnya tika itu, Wahai anak anak...ambillah pengajaran"

Ibu: Abang...Abang..., nanti, kita nak letak nama anak kite ape ek :P ?
Bapa: Hmmm...kalau laki letak lah nama Salahuddin..sedap tak ayang?
Ibu: Sweet nye name :) nape abang pilih nama tu?
Bapa: Sebab abang nak anak kita hebat macam Salahuddin Al Ayubbi. Peribadinya, akhlaknya,.
Ibu: Suka :) Kalau perempuan, ayang nak namakan..Masyitah..nice tak?
Bapa: Pandai awak pilih nama :) Tapi..nape Masyitah?
Ibu: Sebab saya nak anak kita mempunyai iman yang teguh seperti Masyitah.

"Alangkah indahnya tika itu, Wahai anak anak...ambillah pengajaran"

Ibu: Abang...Abang..., mane anak kita?
Bapa: Sabar ye ayang..anak kita selamat :) kita dapat anak lelaki..hehe :P
Ibu: Alhamdulillah :) Terima kasih ye abang sebab bersama ayang sepanjang bersalin tadi
Bapa: Sape tak sayang bini :P
Ibu: Abang.. ayang tak sabar nak tengok muke anak kita, mesti comel kan :P
Bapa: Mestilah...lepas ni, sama sama kita usahakan supaya dia menjadi anak yang soleh
Ibu: InsyaAllah :) tu lah harapan ayang selama ini

"Alangkah indahnya tika itu, Wahai anak anak...ambillah pengajaran"

Ibu: Abang..Abang..., hari ini hari first anak kita ke sekolah.
Bapa: Alhamdulillah, dah besar dah anak kita..dia tak cerita apa apa ke kat ayang?
Ibu: Ada..dia kata, dia dapat kawan baru..hehe..
Bapa: Hmmm..bagus la macam tu..tak la sunyi dia nanti
Ibu: Betul, betul,.. nanti lepas dia abis sekolah nanti, ayang nak dia jadi doktor. Boleh la rawat kita masa tua nanti :)
Bapa: Ayang ni..dia tu baru saje masuk darjah satu.hehe..takpe2, abang pun berharap begitu
Ibu: Tau takpe..hehe :P

"Alangkah indahnya tika itu, Wahai anak anak...ambillah pengajaran"

Ibu: Abang...Abang..., tadi pengetua call
Bapa: Nape ayang? muke sedih je ni..ada pape ke?
Ibu: hmmm...pengetua kata, anak kita ditangkap merokok
Bapa: Betul ke ayang?! Apa pengetua kata lagi?
Ibu: itu je.. pengetua suruh kita datang sekolah untuk bincang pasal ni
Bapa: hmmm.. tak tahu la ape nak jadi dengan anak kita
Ibu: abang.. ayang takutlah..
Bapa: Jangan risau...insyaAllah, semuanya akan selamat..kita doa banyak banyak

"Alangkah indahnya tika itu, Wahai anak anak...ambillah pengajaran"

Ibu: Abang...Abang...,ada orang ketuk pintu rumah kita lah?
Bapa: Siapa yang datang tengah malam ni? Takpelah, biar abang yang tengok
Ibu: Hati hati ye abang..
Ibu: Siapa yang datang abang?
Bapa: Ayang tenang ek.. polis yang datang..mereka cari anak kita
Ibu: apa?!...be..bet..betul ke abang (T_T)
Bapa: tenang ye ayang..kita atasi masalah ni sama sama

"Alangkah indahnya tika itu, Wahai anak anak...ambillah pengajaran"

Ibu: Abang...Abang..., jangan tinggalkan ayang (T_T)
Bapa: Ayang jangan sedih ek.. Abang tak boleh tengok ayang menangis
Ibu: Ni semua salah ayang sebab tak didik anak kita betul2..kalau tak, tentu anak kita dah jadi doktor, bole rawat abang (T_T)
Bapa: Sabar ye Ayang, ni bukan salah awak..kita telah menjalankan tugas kita sebaiknya. Saya bangga dengan awak :)
Ibu: Abannnnggggggg.........

"Alangkah indahnya tika itu, Wahai anak anak...ambillah pengajaran"

Ibu: Abang...Abang...Semoga Allah merahmatiMU...............


"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia"
(Surah Al Isra' 23:17)

Akan aku ceritakan kepada mereka

Akan ku ceritakan kepada mereka...
betapa ruginya aku
betapa hinanya aku
betapa aku menyesali perbuatan ini..

Akan ku ceritakan kepada mereka...
Sesungguhnya aku tergolong dalam orang yang rugi
Sesungguhnya diri ini merindui keampuananMu


Hari itu panas terik
sangat panas...namun
bayu selang seli menyapa,
mendamaikan suasana...
"Arghh..apa aku peduli cuaca ini! Aku sudah lambat! Dah la U jauh"
keluh benak hatiku yang meronta ketidaksabaran.
Nota yang dipegang di tangan terus dibaca tanpa menghiraukan hiruk pikuk kehidupan bangsa arab Mesir
aku berjalan...dan terus berjalan
dalam keserabutan
tiba tiba muncul kebahagiaan
pabila mata ini terpandang
seorang wanita muslimah persis sang bidadari
jiwa yang tenang menjadi gementar
manis mukanya, labuh kerudungnya menguraikan keserabutan didada
Namun lamunan itu tidak lama apabila terasa diri ini ditegur oleh Maha pencipta

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
(Surah Al Baqarah 214:2)

"Astaghfirullah..Astaghfirullah..semua ini adalah cubaan"
kumat kamit bibirku mendambakan keampuanan Rabb..
Ku cepatkan langkah kerna ku dihapannya ketika itu dan kutahu destinasi kami sama dan bagi mengelakkan fitnah
ku cuba jarakkan jarak kami sejauh yang mungkin

Langkah tercipta kian gagah, entah mengapa
"sebab ada si dia kat belakang tu kot" bisik hati kecilku yang dilhamkan oleh syaitan
"Arghhh,, apa aku peduli semua ini" jauh dari dimensi hati ku cuba melawan

Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui
(Surah Al Baqarah 169:2)

Diriku ini terus diuji
ku sedar, setelah diri ini mengucapkan syadah
aku akan terus diuji tak putus putus
teringat kisah pada zaman Rasulullah
datang seorang pemuda bertemu Rasulullah
"Ya Rasulullah, aku ingin memeluk islam"
Rasulullah menjawab "Adakah kamu benar benar yakin dengan keputusanmu ini?
kerna kamu akn diuji bak air yang mengalir"

Di pertengahan jalan,
muncul seorang wanita yang compang camping pakaiannya lagak gaya
peminta sedekah menghampiriku
"Apa lagi..bagi la duit, baru la awek belakang kau tu kagum dengan kau"
syaitan mula membisikkan cadangan keji ke cuping telingaku

Sayang seribu kali sayang, ku terpedaya
Sekeping not yang tertulis diatasnya 5 pound ku keluarkan tanpa ku sedari
senyum girang sang peminta sedekah
ketawa terbahak sang syaitan durjana
"Apa yang aku lakukan ni?" aku mula menyalahkan diri bila menyedari tujuan sebenar sedekah ku itu
RIAK! RIAK!

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir (168). (168) Mereka ini tidak mendapat manfaat di dunia dari usaha-usaha mereka dan tidak pula mendapat pahala di akhirat.
(Al Baqarah 264:2)

"Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah" alunan istighfar makin kuat dan bertenaga ku usahakan
terasa diri ini amat hina di depanMu Ya Allah......
"Ampunkan aku Ya Allah.........."

Pesan Sayyidina Umar Al Khattab R.A:
"..Sesungguhnya kesempurnaan taubatmu, bila engkau ingat selalu pada dosamu, dan kesempurnaan amalmu harus menghindarkan ujub, dan kesempurnaan syukur ialah menyedari kekurangan -kekuranganmu.."

Akan ku ceritakan kepada mereka...
betapa ruginya aku
betapa hinanya aku
betapa aku menyesali perbuatan ini..

Akan ku ceritakan kepada mereka...
Sesungguhnya aku tergolong dalam orang yang rugi
Sesungguhnya diri ini merindui keampuananMu

Kisah jam



Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang
dibuatnya. “Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak
31,104,000 kali selama setahun?”

“Ha?,” kata jam terperanjat, “Mana sanggup saya?”

“Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?” tanya si pembuat jam.

“Lapan puluh enam ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-
ramping seperti ini?” jawab jam penuh keraguan.

“Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?” cadang si pembuat jam.

“Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu” tetap
saja jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam dengan penuh kesabaran kemudian berkata lagi kepada si
jam. “Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap
detik?”

“Oh, kalau begitu, aku sanggup!” kata jam dengan penuh semangat.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap
detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu
sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah
berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak
31,104,000 kali.

Moral :
-Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu
terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita
ternyata mampu. Malah yang kita anggap mustahil untuk dilakukan
sekalipun.
-Apa yang kita lakukan, hendaklah bersabar dan sentiasa meminta pertolongan dan bantuan dari Allah. Jika usaha kita tidak diredhai Allah, sia sialah. Nauzubillah..


"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar"
(surah Al Baqarah 153:2)

kisah rama rama

Rama rama itu cantik.
Walaupun dia cantik....
hidup tak lama.

Kakak itu cantik
Walaupun dia cantik...
hidup tak lama.

Rama rama itu cantik
walaupun dia cantik...
sentiasa berzikir pada Allah

"Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. (1044) Masing-masing makhluk mengetahui cara shalat dan tasbih kepada Allah dengan ilham dari Allah"
(surah al-Nur 41:24)

Kakak itu cantik
walaupun dia cantik...
adakah dia selalu berzikir pada Allah?

Rama rama itu cantik
walaupun dia cantik...
sentiasa menyenangkn hati org yg melihatnya

Kakak itu cantik
walaupun dia cantik...
adakah dia sentiasa menyenangkan hati org yg melihatnya?

“Janganlah kamu memperkecilkan (nilai) perkara kebaikan itu sedikitpun, meskipun (dalam hal) bertemu saudara (seagama) ‘dengan wajah manis’.” (Sahih Muslim, Hadis no.: 2626)

Kisah Monyet

Ada seekor monyet yang berpeluk pada dahan pokok.
Tiba-tiba angin halilintar dan puting beliung melanda kawasan itu. Makin kuat sang monyet mendakap pokok itu. Dan monyet itu berjaya mengelakkan dirinya dari malapetaka itu.
Sedang sang monyet berehat, datang pula angin sepoi-sepoi bahasa, meniup kawasan pokok tersebut. Monyet itu semakin selesa dengan angin yang lemah gemalai itu, dakapannya semakin longlai dan akhirnya sang monyet ini tumpas.

Pengajaran:
1-Jangan jadi monyet.
Bukan! Jangan kita lupa bila diuji dengan kesenangan . Ramai yang berjaya bila diuji dengan kepayahan dan kesusahan. Namun tak ramai yang berjaya bila diuji dengan kesenangan.=)

2-Jangan biarkan diri kita hidup sndiri...Nanti hidup kita umpama tidak berkemudi.. Carilah insan yg dapat membimbing hati.. Agar hati terjaga hingga kita bertemu ilahi.. Hati itu kunci diri.. Sempurna ia sempurnalah diri.. Rosaklah ia binasalah diri.. Hanya Iman dan taqwa pencuci hati.. Agar diri sentiase bercahaya ketika menemui ilahi.. Hati adalah seketul daging dalam diri..

HATI


"Terciptanya rapuh akan nafsu duniawi.. Kuatkn lah ia dgn mengingati ilahi.. Sinarilah ia dgn tangisan taubat terhadap ilahi.. Lembutkan lah ia dgn membaca al-Quranul karim.."

Dia yang ku cari

Terkadang hati ini leka,
Terkadang hati ini alpa,
Terkadang hati ini buta,
Terkadang hati ini lagha,

Terkadang mata ini gelap,
Terkadang mata ini silap,
Terkadang mata ini ku sapu debu dosa,

MUNGKIN ini kerana.........




JIWA










Kosong................
sepi sgt...........













Ku Cuba cari jalan.....













Namun..













Makin Kelam jadi nya....













ku cuba...dan terus mencuba...













AKHIRNYA....ku temui dia...













AL QURAN
kau buat jiwa ku tenang...
aku menyayangimu.....