Penumpang sekalian, kita akan berhenti berehat disini sebentar.


Di sebuah R&R...

Ali: Ibu,, ibu,,ibu,, nak main kat taman permainan tu..!! hehe..bole la ibu..huhu

Ibu: laaa...tadi dalam bas Ali beria ria kata lapar nak beli makanan kat sini..ni nak main kt taman permainan pulak..

Ali: Bole la ibu...kejap je..plissss

Ibu: tak boleh..nanti bas kita tinggal..diorang bagi 30 minit je kat R&R ni..

Ali: kejap je..Ali janji main kejap je...lepas tu, Ali beli makanan ..

Ibu: yela..yela..cepat sikit

25 minit kemudian...

Honk!!Honk!! (hon bas dibunyikan)

Ibu: Cepat Ali..bas dah nak gerak tu

Ali: Alamak ibu..Ali lupa beli makanan untuk kita dalam bas la..adeehhhh

Ibu: kan ibu dah kata, jangan main..beli makanan untuk bekalan kita dalam bas..sekarang kita dah tak ada makanan..berlaparlah kita dalam bas nanti.

Dialog di atas adalah analogi berkaitan hakikat kehidupan kita sebenarnya didunia ni
kita di dunia tidak lebih dari sebuah tempat persinggahan

Apabila kita amati dialog diatas,
menceritakan kisah dua beranak yang berhenti di sebuah perhentian R&R untuk membeli makanan atau bekalan sepanjang perjalanan mereka.
Namun lain yang berlaku pabila si anak sibuk bermain main sehingga lupa tujuan asal mereka untuk membeli makanan dan akhirnya mereka kelaparan sepanjang perjalanan mereka ..

Begitulah sebenarnya kehidupan kita..
Kita didunia ni bukannya untuk bermain main tetapi mengumpul bekalan sebanyak banyaknya untuk bekalan kita di akhirat nanti..
Dan pabila kita gagal mengumpul bekalan tersebuat..maka kita tergolong dalam golongan orang yang teramat rugi

"tadi dalam bas Ali beria ria kata lapar nak beli makanan kat sini"

samalah situasi kita, semasa kita di alam roh..
Allah berfirman

" Adakah kamu bersaksi bahawa Aku adalah Tuhan kamu? Menjawab ( roh ) : Bahkan, kami bersaksi ( bahawa Kamu adalah Tuhan kami )".

Semasa di alam roh..kita semua bersaksi Allah adalah tuhan..dan kita hambaNya..
Namun cuba kita muhasabah,
semasa kita didunia, adakah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNya???


"Imam Al-Ghazali mengumpamakan perjalanan hidup di dunia ini seperti sebuah pelayaran di lautan yang luas. Ketika dalam pelayara
n, tiba-tiba kelihatan sebuah pulau yang begitu indah. Lalu Nahkoda bahtera meminta semua anak-anak kapal turun ke pulau tersebut dan mencari sebanyak mungkin bekalan yang akan digunakan untuk meneruskan pelayaran menuju ke destinasi yang telah ditentukan."


Ketika masa untuk kembali semula ke bahtera, Nahkoda telah bersedia untuk melihat dan bertanya kepada anak-anak kapalnya, apa dan berapa banyak bekalan yang mampu dikumpulkan? Maka anak-anak kapal tersebut kembali dalam keadaan 3 golongan :

Golongan pertama : Golongan yang turun di pulau tersebut, lalu merasa takjub dan terpesona dengan keindahannya. Mereka leka menikmati keindahan pulau tersebut, sehingga lupa kepada tujuan sebenar mereka. Mereka akhirnya kembali dalam keadaan tidak membawa apa-apa. Mereka adalah golongan yang paling rugi ( celaka ).

Golongan kedua : Golongan yang turut takjub dan terpesona, sempat menikmati keindahan pulau tersebut. Tetapi sebelum tiba waktu untuk kembali ke bahtera, mereka tiba-tiba tersedar. Tersedar dengan tujuan asal mereka. Lalu mereka kembali membawa bekalan yang teramat sedikit. Mereka juga termasuk dari golongan yang rugi, namun masih dapat memanfaatkan masa-masa terakhir untuk mencari bekalan.

Golongan ketiga : Golongan yang turun di pulau tersebut, melihat keindahan jua, namun sekali-kali mereka tidak takjub dan terpesona. Mereka terus berlumba-lumba mencari sebanyak mungkin bekalan untuk di bawa balik ke bahtera. Mereka kembali dalam keadaan membawa bekalan yang banyak. Merekalah dari kalangan golongan yang beruntung.


Firman Allah Taa'la yang bermaksud :" Dan tidaklah Kami menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Kami".


cuba kita fikirkan..kita berada dalam golongan yang mana??

golongan yang mana??

golongan yang mana??

Tepuk dada tanya iman....


Sabda Nabi s.a.w : " Sesungguhnya dunia itu manis dan indah, dan sesungguhnya Allah telah menjadikan kamu sebagai khalifah didalamnya, maka Allah melihat segala apa yang kamu lakukan ( diawasi )".



create your own banner at mybannermaker.com!

Andai Rasulullah Bersama Kita





Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...


Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.






create your own banner at mybannermaker.com!

Rapuh

Detik Waktu Terus Berjalan
Berhias Gelap Dan Terang
Suka Dan Duka Tangis Dan Tawa
Tergores Bagai Lukisan

Seribu Mimpi Berjuta Sepi
Hadir Bagai Teman Sejati
Di Antara Lelahnya Jiwa
Dalam Resah Dan Air Mata
Kupersembahkan KepadaMu
Yang Terindah Dalam Hidup

Meski Ku Rapuh Dalam Langkah
Kadang Tak Setia KepadaMu
Namun Cinta Dalam Jiwa
Hanyalah PadaMu

Maafkanlah Bila Hati
Tak Sempurna MencintaiMu
Dalam Dadaku Harap Hanya
DiriMu Yang Bertahta

Detik Waktu Terus Berlalu
Semua Berakhir PadaMu




create your own banner at mybannermaker.com!

Maafkan Man mak...Man tak sengaja..

"Kan mama dah kate, jangan pegang..sekarang dah pecah!!"

Kelihatan seorang anak kecil berumur lingkungan 5 tahun menangis teresak esak kerna dimarahi ibunya. Tangisan menjadi jadi pabila cubitan ibunya hinggap di pipinya.

"Cik, maafkan saya cik, anak saya tak sengaja pecahkan pasu cik...maafkan saya ye cik" Zalina cuba meredakan keaadan.

"Maafkan Man mak...Man tak sengaja.."

Kelihatan ibunya beredar meninggalkan dirinya. Anak kecil itu terus berlari mendapatkan ibunya.

Pasaraya itu bukan tempatnya. Orang lalu lalang yang pelbagai gaya, pelbagai saiz, pelbagai rupa menjadikan dirinya terasa kerdil dan tiada tempat bergantung selain ibunya.




Apa yang saya nak bawa pembaca dari cerita diatas ialah untuk merefleksi diri kita tetang hubungan kita dengan Pencipta dan Pemilik alam ini, Allah

Berdasarkan cerita di atas tadi.

- Mengisahkan seorang anak kecil yang melakukan kesalahan pada ibunya dengan memecahkan pasu di sebuah pasaraya. Dan ini sudah pasti mengecewakan ibunya. Namun, sebagai seorang anak kecil, dikelilingi orang yang pelbagai rupa, dia tidak ada tempat bergantung selain ibunya walaupun dia telah mengecewakan ibunya.

"..tidak ada tempat bergantung selain ibunya walaupun dia telah mengecewakan ibunya."

Refleksi hubungan kita dengan Allah

- Jika kita melakukan kesalahan atau maksiat padaNya. Sedarlah yang tidak ada tempat bergantung selainNya. Dunia ini milikNya.

-Walaupun sebesar mana kesalahan kita, kembalilah pada Allah. Kerana kepadaNya sahajalah tempat kita kembali







Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Ali Imran,3;135


create your own banner at mybannermaker.com!

Marilah kita jadi orang yang bertaqwa











Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk)

Az Zumar,39;73






Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa

Ali Imran,3;133


Jadi...siapakah orang yang bertaqwa itu?







Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

Ali Imran,3;134

Menurut ayat di atas, ada 3 ciri orang yang beriman:


1)
Orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah

2) Orang orang yang menahan kemarahannya

3) Orang yang memaafkan kesalahan orang

Namun, orang yang bertakwa juga manusia.Dan mereka tidak terlepas dari perbuatan dosa. Tetapi, ciri orang yang bertakwa, apabila mereka melakukan dosa, mereka segera kembali kepada Allah dengan mengingati dan memohon keampunan.

"apabila mereka melakukan dosa, mereka segera kembali kepada Allah dengan mengingati dan memohon keampunan"


hal ini diterangkan dalam ayat yang seterusnya:









Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Ali Imran,3;135

~Semoga Kita Tergolong Dalam Golongan Orang Yang Betaqwa.AMIN~

(untuk mendapat kupasan yang lebih menarik..silalah tonton video dibawah.WaAllahua'lam)




create your own banner at mybannermaker.com!

katakan TIDAK PADA PUTUS ASA!!


Mat: Dani, asal ko macam tertekan je? ada masaalah k?

Dani: Mat... aku rase sedih la.. =(

Mat: Nape?

Dani: Aku telah melakukan maksiat kepada Allah.. aku rase teruk sangat..

Mat: Nape lak? bertaubat la..Allah tu Maha Pengampun

Dani: Aku tahu..aku memang dah bertaubat,tapi... tak lama pastu, aku buat balik perkara yang sama.. aku rasa putus asa sangat...

Mat: Dani..Dani..Allah tu Maha Pengampun. Allah telah berfirman:

"Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
(Az Zumar;53)



Katakan TIDAK PADA PUTUS ASA!!!!

putus asa dari apa? dari pengampunan Allah.

jika kita melakukan kemaksiatan..segeralah bertaubat

ALLAH MAHA PENGAMPUN

ALLAH MAHA PENGAMPUN


ALLAH MAHA PENGAMPUN


Bahkan Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintah Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam untuk menyampaikan hal itu kepada para hamba-Nya.Dengan firman-Nya:

"Kabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahwa Sesungguhnya Aku-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(QS. Al-hijr: 49)

Dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang artinya:

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."

(Al-Baqarah: 222)

Di antara bentuk rahmat dan kasih sayang Allah Ta'ala, Dia membuka pintu taubat siang dan malam.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang artinya:

"Sesungguhnya Allah Ta'ala membuka tangan-Nya pada malam hari agar orang yang berbuat kejelekan di siang hari bertaubat kepada-Nya dan membuka tangan-Nya di siang hari agar orang yang berbuat kejelekan di malam hari bertaubat kepada-Nya, sampai matahari terbit dari sebelah barat."

(HR.Muslim)

Subhanallah..besarnya KASIH SAYANG ALLAH....

ALLAH MAHA PENYAYANG..

ALLAH MAHA PENYAYANG

ALLAH MAHA PENYAYANG
bertaubatlah sebelum terlambat, jangan nak tunggu tua baru nak bertaubat..

Sedikit muhasabah:

BOB: Sob..sob..(sedang menangis)

Salim
: BOB..asal ko nangis ni? segan la kalau akhawat nampak..


BOB: Sob..sob..Aku sedih Salim.. Exam tadi tak leh jawab..Sob..sob..

Salim: ooo..itu je
BOB: Sob..sob..tu je..sob..sob

Salim: Kalau camtu, aku la patut lagi sedih dari ko

BOB: sebab pe?

Salim: sebab aku dah la tak leh jawab exam...pastu sebab exam,,, aku jadi hamba yang derhaka pada Allah

BOB
: Guane gitu lak?


Salim: sebab exam... aku kurang baca Al Quran sebab nak habiskan baca buku sebab exam... aku kurang solat berjemaah di masjid sebab exam... aku kurang melakukan solat sunat selepas dan sebelum solat dan macam macam lagi

ANDA BAGAIMANA???
CUBA MUHASABAH

"SEBAB EXAM... AKU.......(lengkapkan ayat ni)"

Namun......
ada kata kata yang tak enak didengar.........

"Masa muda la nak enjoy, bila tua..baru dekatkan diri dengan masjid dan sejadah!!"

masaalahnya..sempat ke kita sampai ke hari tua..??

orang yang pergi gym hari hari pun tak tentu sampai ke tua hayatnya..

tepuk dada tanya iman..

*petikan dibawah dari sebuah blog

Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...

Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....

sila lihat video ini hasil kajian saintis :




NOTA : YAKINLAH HANYA PADA ALLAH DAN INI TERMASUK PERKARA YANG DIRAHSIAKAN ALLAH S.W.T MANUSIA HANYA MAMPU MENGKAJI DAN ALLAH AZZAWAJALLAH LAGI MAHA BIJAKSANA.

create your own banner at mybannermaker.com!

Tongkat


Anak: Ibu, kenapa ibu belikan atok tongkat? Biarlah atok jalan tanpa tongkat ibu..

Ibu: Aish anak ibu ni, atok awak sakit..mana boleh jalan tanpa tongkat.. nanti jatuh

Anak
: yeke ibu?! sian atok..


Ibu: tu la..ibu pun sedih tengok atok.. sebab sayangkan atok, ibu belikan tongkat... ibu tak sanggup tengok atok jatuh.

Anak
: Baiknya ibu =)


tongkat... apa ada dengan tongkat...

sedar atau tidak, sebenarnya kita yang normal juga menggunakan "tongkat". Tongkat yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia

"CEREBELLUM"

"The cerebellum is a region of the brain that plays an important role in motor control. Damage to the cerebellum does not cause paralysis, but instead produces disorders in fine movement, equilibrium, posture, and motor learning."

(sumber: Wikipedia)

Bayangkan tanpa Cerebellum atau "tongkat" dari Allah itu, rasa rasanya...apa akan terjadi pada kita??

Video dibawah menunjukkan pesakit yang ada masaalah pada cerebellum nya.





Agak agaknya...kenapa Allah kurniakan Cerebllum pada kita?, berbalik kepada perbualan ibu dan anak di atas

"sebab sayangkan atok, ibu belikan tongkat... ibu tak sanggup tengok atok jatuh."

Allah kurniakan kita cerebellum tu kerna sayangkan kita, Allah tak mahu lihat kita jatuh..
lihatlah..betapa kasihnya Allah pada kita

Ar Rahim..
Ar Rahim..
Ar Rahim....

Hari hari kita kata yang Allah MAHA PENYAYANG dalam solat kita

الرحمن الرحيم

"Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

(Al Fatihah : 3)

Pernahkah kita kasihkan Allah??..

orang kata kalau kasihkan kekasih....
Lautan api sanggup ku redah kerna cintaku padamu
bintang bintang di langit sanggup ku petik demi cintaku padamu..

Namun, kasihkan Allah.. apa yang telah kita buat??
tepuk dada tanya iman
"Adakah solatku menggambarkan kasihku pada tuhanku?"
"Adakah puasaku menggambarkan kasihku pada tuhanku?"
"Adakah zikirku menggambarkan kasihku pada tuhanku?"


Sedikit muhasabah buat diri kita..

Semoga post kali ini menambahkan ketakwaan kita kepada Allah (khususnya pelajar tahun3 kuliah perubatan universiti Iskandariah, Mesir yang sedang mempelajari modul CNS)

ingatlah...

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu.

(al-Faatir: 28)

ADAKAH BERTAMBAH KETAKWAAN KITA??!!!!!!



create your own banner at mybannermaker.com!