Dimanakah kita sebenarnya?

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akn datang wktunya umatku akan mencintai lima dan lupa yg lima :

1. Mereka cinta kepada dunia tapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda tapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk tapi mereka lupa kepada Al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa tapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah tapi mereka lupa kepada kubur.

Wahai diriku dan sahabat sahabatku yang disayangi,

sehebat mana kita,sejahat mana kita, sebaik mana kita..kubur jua jadi tempat tinggal kita suatu hari nanti, tanah jua jadi katil kita suatu hari nanti

yang berdosa, akan mendapat balasannya
yang membuat kebajikan, akan mendapat habuannya

Semua kita menemui maut dan seterusnya bertemu dengan Al-Khaliq (pencipta)

Maut akan menjemput kita tidak kira masa,

samaada kita sedang membuat kebajikan



atau sedang membuat maksiat kepada Allah



dan sungguh malang sesiapa yang mati dalam su'ulkhatimah
Nauzubillah

Marilah kita sama sama berdoa agar dimatikan dalam husnul khatimah





Besar sangat ke diri kita ni?

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.'

(Luqman; 18)

Hayati...

Semarakkan Jiwa Muda Anda!!

Wahai anak muda!!! Adakah kalian masih terlena? Jangan bazirkan masa muda!!

Kita adalah syabab islam!!.

BANGKITLAH!!! Tegakkan agama Allah!!

Belum sedarkah kalian dari mimpi yang panjang?

Sayang,, mata kalian terbuka.. tapi masih terlena..

"Wahai fulan, macam mana engkau hendak bangkitkan islam, engkau bukanlah apa apa sangat" bisikan keji syaitan mula menular dalam hati

Wahai syabab, sumbangkanlah pada agama tuhanmu walaupun sedikit
sudah lupakah engkau kisah burung pipit yang membawa air dalam paruhnya demi memadam api yang marak menyala membakar nabi Ibrahim

"Wahai sahabatku, mengapakah engkau bersusah payah mengambil air dalam paruhmu untuk memadam api yang marak itu sedangkan engkau pasti tidak mampu dengan keadaan dirimu yang kecil itu jika dibandingkan dengan api yang besar" tanya sahabat sang pipit.

"Wahai sahabatku, aku sedar aku tidak mampu memadamkan api yang marak itu. Namun, inilah sumbanganku pada nabi Allah. Sekurang kurangnya, aku ada modal bila ditanya tuhanku nanti"


Wahai syabab muslimin yang mempunyai badan dan jiwa yang kental, tidak malukah kalian pada burung pipit.

Adakah kalian ingin menjadi seperti cicak, yang sering membuat onar dalam agama Allah.
Cicaklah yang membantu kaum musyrikin ketika nabi kesayangan kita bersembunyi didalam gua Thur
dan cicaklah jua yang sering mengotorkan masjid masjid

Pilihan ditangan kalian.. sang Pipit atau sang cicak??
Analogi yang mudah bagi orang yang berfikir

jadilah pemuda al kahfi yang diceritakan dalam Al quran

"Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.Dan Kami meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri, lalu mereka pun berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran".

(al Kahfi;13-14)

Dikatakan oleh Zuhair ibn Abi Salma dalam muallaqatnya,
"Lidah seorang pemuda itu setengah harga dirinya. Dan setengah lagi adalah hatinya. Jika tidak ada kedua dua padanya, maka tiada lain hanya segumpal darah dan daging"

Nabi telah bersabda;
"Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda pemuda yang tiada baginya kerosakan moral"
(Riwayat Ahmad dan Abu Yu'la)

Sedarlah wahai syabab syabab muslimin (termasuk diri penulis khususnya),
Dimanakah kita??

Kalian belum terlambat...
Masih ada peluang untuk kalian untuk menyumbang dalam agama Allah

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan"

(Al Maidah; 35)

Kini, Mentor Council PERUBATAN Cawangan Iskandariah akan membuka peluang untuk kalian
Mari sama sama kita sertai

"The APPRENTICE"
Program yang menyediakan wadah untuk kalian berdakwah
usah difikirkan diri yang kerdil yang tidak cukup ilmu
sampai bila pun tak akan cukup ilmu
kerna ilmu Allah itu terlalu luas
fikirkan sumbangan kita pada islam

fikirkan sumbangan kita pada islam

fikirkan sumbangan kita pada islam

fikirkan sumbangan kita pada islam

fikirkan sumbangan kita pada islam!!!

Adakah Benar Engkau Pejuang?


Qatrunada - Apakah benar engkau pejuang???


Engkau ingin berjuang tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang tapi tidak begitu setiakawan
Engkau ingin berjuang tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang tapi ingin menjadi pemimpin
Engkau ingin berjuang menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang kerenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang rumahtangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang displin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang iman dan taqwa engkau lupakan

Yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan…???

Damba taubatku


"Tuhanku, aku tak layak masuk syurgaMu
Namun, tak upaya memasuki nerakaMu"

"Terima taubatku ya Allah

dan ampunkan dosa dosa ku"

"Sesungguhnya, Engkau lah yang mengampun dosa dosa"


"Hambamu yang berdosa datang kepadaMu"



Dosa dosa memang tak dapat dilihat
tapi dapat dirasai

hati yang berdosa akan terasa berat, resah, gelisah
kerna diselaputi nista maksiat

Wahai diriku,
kembalilah kepada tuhan yang Esa
malulah kamu kepada tuhanMu

Adakah jiwa yang kotor akan kau persembahkan pada Penciptamu??

Wahai hamba Allah
bersihkanlah jiwamu sebelum terlambat
Kerna Izrail akan datang menjemputmu pada bila bila masa sahaja
samada kau bersedia atau tidak

JANGAN BIARKAN JIWAMU DISELUBUNGI DOSA!!!!!!!!!!!

Jom Pakat Belajaq!!!


Sebagai umat islam, kita dituntut menuntut ilmu, malah menjadi tuntutan yang amat penting. Dengan ilmu kita akan lebih mengenal tuhan, dengan ilmu kita akan melakukan ibadah dengan betul.

Ketahuilah, bahawa sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah SWT. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal. Allah SWT telah memuji para ulama melalui firman-Nya:

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu.

(al-Faatir: 28)

Tidak kiralah apa jenis ilmu yang kita belajar, yang pasti ilmu yang kita belajar dapat melahirkan ketakwaan kita kepada Allah. Takut kepada Allah. Sebagai pelajar perubatan, peluang kita untuk mendekati Allah lagi besar. Kerana apa? Kerana kita mengkaji tentang ciptaan Allah. Justeru kitalah yang lebih dekat padaNya.

Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir

(al-Jathiya;13)

Dalam hadis nabi juga turut menerangkan kepentingan menuntut ilmu. Malah Nabi ,melarang kita tidak memperkayakan diri dengan ilmu.

”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Riwayat al-Bazzar)

Huraian
Pengajaran hadith
:

  • Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu.
  • Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada :
  1. Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain.
  2. Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu).
  3. Mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu.
  4. Menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.
  • Dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka kehidupan seseorang itu akan sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana ia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih antara yang baik dan yang buruk.
  • Manakala mereka yang tidak termasuk dalam golongan tersebut atau yang dipanggil masyarakat sebagai ‘bodoh sombong’ maka mereka adalah golongan yang bakal mendapat kebinasaan kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya dapat memandu kepada kebaikan melainkan hidup terumbang ambing dan tenggelam dalam kesesatan.
Adapun, orang alim yang tidak merasakan takut kepada Allah dengan ilmu yang dipelajarinya itu bukan orang alim yang sebenarnya.
Lebih lebih lagi orang alim yang inginkan kemewahan, dan takbur serta bongkak dengan ilmunya.

Ilmu sebegini akan menjadi hujah kepadanya serta akan memberi balasan dan azab yang teruk di akhirat nanti. Umar ibn al Khattab r.a pernah berkata,

“Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang alim pada lisan tetapi jahil pada hati”.

Nauzubillah, berdoalah pada Allah tidak termasuk dalam golongan itu. Kerna apa? orang sebegini hanya inginkan dunia dan mengenepikan akhirat.

“Siapa yang kasihkan dunia, maka dia telah membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. Justeru ingatlah, utamakanlah suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)”.

(riwayat Imam Ahmad dan al Hakim)


Ada orang hanya mencari ilmu dunia sahaja, lalu meninggalkan ilmu akhirat. Adapun juga orang yang hanya mencari ilmu akhirat sahaja sehingga dunia terabai. Kita hendaklah menjadi umat yang adil, iaitu tidak berat sebelah ke dunia mahupun ke akhirat, tetapi seimbang keduanya.

Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.

(al-Rum: 7)

Konklusinya, sebagai umat islam, menuntut ilmu ialah perkara yang dititikberatkan dalam agama. Justeru, ingatlah, orang yang bercakap tentang ilmu, tetapi tidak beramal dengannya diumpamakan

"orang yang sentiasa mensucikan dirinya dengan berwuduk, tetapi tidak pernah menunaikan solat"

Waallahua'lam

Pemuda Pemudi

Sedar atau tidak, dunia kini sangat pantas berlalu. Sehingga kita tidak sedar pelbagai perubahan berlaku disekeliling kita. Banyak teknologi baru tercipta. Gejala sosial turut sama melonjak selari dengan peredaran masa. Yang sangat menyedihkan, banyak golongan muda terlibat dalam kancah yang rosak ini.

"Pemuda Tiang Negara, Pemudi Harapan Bangsa"

Masih adakah slogan seperti ini??
Dimanakah Semangat Sallahuddin Al Ayyubi dalam dirimu, pemuda??!!
Dimanakah malu Saidatina Fatimah dalam dirimu, pemudi??!!

Lihat sahajalah akhbar kini,
pelbagai masaalah sosial menjadi santapan harian
"buang bayi, rogol, bunuh..."
seakan jadi biasa bagi umat kini
sedih..

"Kiah, semalam anak aku pegi clubbing, tengah malam baru balik" jelas mak cik Kiah kepada rakannya
"Ooo...anak aku minggu lepas macam tu jugak" terang mak cik Timah dengan wajah selambanya

yang lebih menyedihkan,.......

"Kiah, semalam anak aku kene rogol" jelas mak cik Kiah kepada rakannya.
"Ooo..anak aku minggu lepas" terang mak cik Timah dengan wajah selambanya
Mahukah kita situasi sebegini berlaku??
Justeru pemuda pemudi,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
Adakah masa mudamu akan dibazirkan begitu sahaja?
Dunia ini memerlukanmu

SEORANG Muslim yang tidak memiliki semangat dakwah dan jihad bagi memperjuangkan agama, sebenarnya sedang mengalami krisis jati diri dan identiti Muslimnya. Untuk apa semua yang diusahakan, harta dikumpul, ilmu dikuasai, jawatan direbut dan dunia yang berhasil digenggam jika tidak dimanfaatkan untuk agama Allah? Seandainya seseorang sudah memiliki segala-galanya kemudian tiba-tiba dia mati tanpa memperjuangkan agama, maka alangkah sedikit bekal dan payahnya kehidupan yang mesti dilalui selepas mati kelak. Sia-sia saja visi dan misi hidupnya di dunia. Saat itu sedarlah ia yang kembali miskin seorang diri di alam barzakh.

Sesungguhnya kejayaan yang hakiki bermula daripada satu niat meninggikan kalimah Allah. Sedangkan apa yang diusahakannya selama ini untuk dunia semata-mata demi kepuasan nafsu belaka.

Kebangkitan Islam sering diperkatakan tetapi realitinya generasi Islam kini sudah mengalami serangan duniawi yang sedikit sebanyak mempengaruhi kejiwaan, pemikiran dan sikap mereka. Mentaliti Muslim yang hilang semangat memperjuangkan agama semakin parah di tengah-tengah umat.

Tidak kira golongan mana pun, jika umat meninggalkan dakwah dan jihad di jalan Allah, maka tunggu kehancuran seperti ditegaskan dalam firman-Nya bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal keni'matan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit.Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu

(At Taubah;38-39)

Melalui ayat itu, Allah menyatakan punca hilang semangat dakwah dan jihad iaitu kerana manusia terlalu cintakan kehidupan dunia. Bahkan jika boleh, agama pun akan dijual, saudara sesama Muslim dianiaya, jatuh-menjatuhkan, aib- mengaibkan untuk mendapat apa diinginkan oleh hawa nafsu.

Jika kejahatan bermaharajalela tetapi semangat dakwah dan jihad semakin kendur tidak mustahil kehancuran umat akan terjadi. Dakwah dan jihad adalah benteng paling kukuh untuk melindungi umat daripada serangan musuh. Sepatutnya ia menjadi idealisme yang wajib ditanam dalam jiwa seluruh generasi Muslim.


(sebahagian dari petikan http://nurjeehan.hadithuna.com/2009/03/muslim-tanpa-semangat-dakwah-jihad-tiada-jati-diri/)